• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Program JBD Akan Dilaksanakan Lebih Kerap

oleh Ahmad Albab
01/04/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PASIR SALAK – Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani bersedia melaksanakan Program Jimat Belanja Dapur (JBD) lebih kerap berbanding sebulan sekali ketika ini.

Timbalan Menterinya Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata pelaksanaan program itu dengan lebih kerap, adalah sebagai memenuhi permintaan pengguna di negara ini yang rata-rata memuji tindakan kerajaan dalam menangani masalah kos sara hidup.

“Kita sokong permintaan daripada pengguna supaya program ini dilaksanakan lebih kerap dan diperluaskan terutamanya di kawasan luar bandar.

“Di samping itu, program ini yang dilaksanakan sejak setahun lalu akan ditambah baik dengan lebih teratur dan di lokasi yang lebih strategik mengikut kemampuan kerajaan dari segi kewangan dan logistik,” katanya.

Tajuddin yang juga Anggota Parlimen Pasir Salak berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan JBD dan Program Singgah Kempen Makan Buah-buahan Tempatan di Dataran Belia Changkat Lada di sini hari ini.

Dalam pada itu, Tajuddin berkata hasil jualan peniaga kedai runcit tidak akan terjejas berikutan pelaksanaan Program JBD di seluruh negara kerana program itu hanya dilaksanakan sebulan sekali berbanding peniaga kedai runcit yang menjalankan operasi perniagaan setiap hari.

“Bagaimanapun, terdapat segelintir peniaga kedai runcit yang mengambil kesempatan menaikkan harga barangan sesuka hati.

Oleh itu, kebaikan program JBD ini secara tidak langsung peniaga terpaksa akur untuk menurunkan harga barangan pada kadar yang berpatutan bagi mengelakkan barangan di premis perniagaan mereka tidak terjual,” katanya.

Pelaksanaan JBD itu merupakan inisiatif kerajaan Persekutuan untuk membantu rakyat membeli barang keperluan pada harga yang lebih murah pada kadar lima hingga 20 peratus berbanding di pasaran.

JBD telah dilaksanakan di 718 outlet jualan pasar tani, 426 AgroBazar Kedai Rakyat, 110 AgroBazar Rakyat 1Malaysia, enam MyFarm Outlet serta program MyBest Buy di seluruh negara. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Dewan Rakyat ‘Panas’ MP Pasir Salak ‘Tak Puas Hati”

01/11/2018
0

KUALA LUMPUR – Persidangan Dewan Rakyat petang ini ‘panas’ ketika Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Sim Tze Tzin...

Mahkamah Cadang Kes Saman Tajuddin Diselesai Secara Baik

12/09/2018
0

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi hari ini mencadangkan supaya kes saman fitnah difailkan bekas Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd