• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Prasarana Ambil Alih Operasi Feri Pulau Pinang

oleh AK-47
01/05/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PRASARANA Berhad melalui anak syarikatnya, Syarikat Rapid Ferry Sdn. Bhd. akan mula mengambil alih operasi Feri Pulau Pinang dari Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) mulai esok.

Pengerusi SPPP, Datuk Tan Teik Cheing berkata, perkhidmatan feri ketika ini dikendalikan Penang Port Sdn. Bhd. (PPSB) mulai 1 Januari 1994, susulan penswastaan Pelabuhan Pulau Pinang ketika itu.

Katanya, Rapid Ferry sebagai pengendali baharu akan turut mengambil alih semua hartanah milik SPPP di Pangkalan Sultan Abdul Halim dan Pangkalan Raja Tun Uda melalui proses pajakan.

“Selaras keputusan Kerajaan Pusat tahun lalu, feri Pulau Pinang akan diserahkan kepada Prasarana Berhad mulai 1 Mei 2018 dengan operasi hariannya akan dikendalikan kakitangan Rapid Ferry.

“Perjanjian pengambilalihan ini juga menyaksikan semua hartanah SPPP di bawah PPSB akan dipajak kepada pengendali baharu mulai tarikh berkenaan,” katanya pada Majlis Menandatangani Perjanjian Pengambilalihan Perkhidmatan Feri Pulau Pinang di Georgetown, hari ini.

Pengerusi Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang, Datuk Tan Teik Cheng (dua dari kanan) bertukar memorandum dengan Ahli Lembaga Pengarah Penang Port Sdn Bhd, Ian Brian James (tiga dari kiri) pada Majlis Menandatangani Perjanjian Pengambilalihan Perkhidmatan Feri Pulau Pinang di Hotel Royal Chulan, Pengkalan Weld, Pulau Pinang. – Foto NSTP/MIKAIL ONG

Pada majlis itu, Prasarana Berhad diwakili Ketua Pegawai Kewangannya, Mohd Rafizee Abd Rahman, manakala PPSB diwakili Pengerusinya, Datuk Syed Mohamad Syed Murtaza.

Teik Cheing berkata, berdasarkan persetujuan Ahli Lembaga Pengarah SPPP dan Prasarana Berhad, tambang feri dijangka kekal pada kadar RM7.70 bagi kereta, motosikal (RM2), pejalan kaki (RM1.20) dan pelajar 60 sen.

“Kita menjangkakan perkhidmatan feri bakal mengalami proses transformasi bertujuan menyediakan perkhidmatan lebih cekap, berdaya saing dan mampu memenuhi keperluan pengguna.

“SPPP bagaimanapun, masih kekal berperanan sebagai Pihak Berkuasa Pelabuhan dan Pihak Kawalselia ke atas operasi serta pengendali perkhidmatan selain terus mengendalikan pelabuhan sedia ada,” katanya.

Prasarana Berhad dijangka mengadakan sidang media berasingan pada 5 Mei bagi membentangkan perancangan jangka pendek dan panjang dalam operasi harian Feri Pulau Pinang. – myMetro online

Tags: FeriPulau Pinang
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Isu Pajakan Pulau Pinang: Sanusi Tidak Gentar, Takkan Berundur

Isu Pajakan Pulau Pinang: Sanusi Tidak Gentar, Takkan Berundur

13/11/2025
0

ALOR SETAR - Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menegaskan beliau tidak gentar biarpun terpaksa berdepan laluan...

Pengarah Jabatan Disyaki Salah Guna Kuasa Ditahan SPRM

Pengarah Jabatan Disyaki Salah Guna Kuasa Ditahan SPRM

26/08/2025
0

GEORGE TOWN- Seorang pengarah jabatan kerajaan di negeri ini ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang kerana disyaki menyalahgunakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd