• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Sah Rizalman Bebas Daripada Dadah

oleh
08/04/2018
dalam Jenayah, Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BERSIH… Polis mengesahkan hasil ujian saringan air kencing dilakukan terhadap Ketua UMNO Bahagian Bandar Tun Razak, Datuk Rizalman Mokhtar di ibu negara baru-baru ini adalah negatif.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, pegawai penyiasat Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi sudah ambil sampel daripada Rizalman dan hantar kepada pihak patologi Hospital Kuala Lumpur (HKL).

“Memandangkan kes tersebut secara kebetulan menarik perhatian umum dan membabitkan orang kenamaan, polis kemudian memohon daripada pihak HKL untuk disegerakan.

“Selepas ujian saringan dilakukan di makmal, pihak patologi HKL mengeluarkan keputusan urin terbabit adalah negatif,” kata Mazlan dalam satu kenyataan di ibu negara hari ini.

Baca: “Saya Dianiaya Pihak Tertentu” – Datuk Rizalman

Mazlan berkata, pihak polis sudah merujuk kes berprofil tinggi itu kepada Pengarah Pendakwaan Negeri dan tiada tindakan lanjut diambil terhadap Rizalman.

“Sampel urin sembilan rakannya yang juga didapati positif pada ujian saringan awal air kencing sudah dihantar, namun belum mendapat keputusan lanjut daripada pihak patologi HKL.

“Pihak polis melaksanakan tanggungjawab ini secara profesional, adil, saksama dan bukannya ada unsur ‘perangkap’ serta penganiayaan. Semua ini mengikut prosedur operasi standard ditetapkan.

“Surat pemakluman kes sudah diserah kepada Rizalman,” kata Mazlan. Kenyataan itu sekali gus mengesahkan surat makluman dikeluarkan berhubung keputusan ujian saringan air kencing dilakukan terhadap Rizalman.

Laporan berkenaan yang tular menerusi media sosial sejak semalam didakwa adalah daripada pihak polis sendiri ekoran kes itu mendapat liputan luas ramai netizen. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Bandar Tun RazakRizalman Mokhtar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PRU-15: Wan Azizah Ketinggalan Di Bandar Tun Razak (TIDAK RASMI)

PRU-15: Wan Azizah Ketinggalan Di Bandar Tun Razak (TIDAK RASMI)

19/11/2022
0

Kuala Lumpur : Calon Perikatan Nasional (PN), Datuk Kamarudin Jaffar, sedang mendahului di Parlimen Bandar Tun Razak dengan 3,828 undi....

Rakyat Teruja PM Turun Ke Lembah Pantai, BTR

01/05/2018
0

KUALA LUMPUR - Meskipun hari ini merupakan hari cuti, Perdana Menteri sempat turun padang luang masa berjumpa rakyat di kawasan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd