• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PNB Kini Institusi Unggul Selepas 40 Tahun Penubuhan

oleh AK-47
20/04/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BATU PAHAT – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan Permodalan Nasional Bhd. (PNB), yang ditubuhkan 40 tahun lepas, sebagai sebuah institusi unggul.

“Malah, impak penubuhan PNB menjangkaui seluruh dunia,” katanya ketika berucap merasmikan Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) di Stadium Batu Pahat di sini hari ini.

Najib memberi contoh pembangunan hartanah di United Kingdom (UK) yang dibangunkan oleh PNB.

“Kalau dulu ekonomi Malaysia dikuasai penjajah, hari ini kita mampu jadi pelabur terbesar di UK. Ini kejayaan,” katanya.

Program MSAM 2018 selama seminggu ini merupakan acara tahunan PNB yang diadakan sejak tahun 2000 dan telah berjaya menarik lebih 3.6 juta pengunjung.

Hadir sama, Menteri Besar Johor, Datuk Mohamed Khaled Nordin; Pengerusi Kumpulan PNB, Tan Sri Abdul Wahid Omar dan Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Datuk Abdul Rahman Ahmad.

Perdana Menteri berkata selain kecekapan pengurusannya, faktor kejayaan PNB juga berkait rapat dengan pembangunan ekonomi negara yang dibawa kerajaan.

“Dasar pragmatik (kerajaan), dasar yang memacu (pertumbuhan),” kata Najib.

Najib turut mengucapkan penghargaannya kepada PNB atas pembayaran dividen sebanyak tujuh sen seunit dan bonus 0.25 sen seunit untuk tabung Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2017.

PNB juga mengumumkan Bonus Khas Ulang Tahun Permodalan Nasional Bhd. (PNB) ke-40 sebanyak satu sen seunit untuk baki sehingga 10,000 unit bagi ASB untuk tahun kewangan itu.

Jumlah pengagihan sebanyak RM10.7 bilion akan dimanfaatkan oleh 9.1 juta pemegang unit yang memiliki lebih 145.6 bilion unit dalam ASB.

Pada majlis itu, Perdana Menteri turut melancarkan portal www.myasb.com.my yang membolehkan para pemegang unit melaksanakan urusan pelaburan, antaranya, melanggan unit amanah ASNB tanpa perlu hadir ke kaunter perkhidmatan.

Pemegang unit juga boleh menyemak akaun masing-masing, melihat baki pelaburan, mencetak penyata elektronik, dan mengemas kini maklumat peribadi.

Terdahulu, Abdul Wahid berkata PNB merupakan syarikat pelaburan terbesar negara dengan dana kira-kira RM200 bilion melalui 13.4 juta pemegang unit pelbagai dana amanah ASNB.

PNB membayar dividen sebanyak RM1.88 bilion setakat Mac 2018 dan RM14.6 bilion pada 2017. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Najib Tun RazakMSAMPNB
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Najib Akan Rayu Keputusan Ketepi Permohonan Jalani Baki Hukuman Penjara Di Rumah

Najib Akan Rayu Keputusan Ketepi Permohonan Jalani Baki Hukuman Penjara Di Rumah

22/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak akan memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi di sini menolak permohonan semakan kehakiman difailkan bekas Perdana...

Pendakwaan Terhadap Najib Bermotif Politik, Musnah Karier – Peguam

Pendakwaan Terhadap Najib Bermotif Politik, Musnah Karier – Peguam

04/11/2025
0

Putrajaya: Hujahan di akhir kes pembelaan berkaitan tuduhan penyelewengan dana berjumlah RM2.3 bilion milik syarikat pelaburan strategik 1Malaysia Development Berhad...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd