• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PM Umum Bubar Parlimen 7 April, Buka Laluan PRU-14

oleh
07/04/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

RASMI… Setelah sekian lama rakyat mula berteka-teki sejak awal tahun, akhirnya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pembubaran Parlimen ke-13 secara rasmi pada 7 April.

Ia mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V dan beliau turut menasihatkan semua negeri kecuali Sarawak melakukan perkara sama untuk Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 dapat berlangsung serentak.

Turut hadir pada pengumuman khas bersejarah itu yang disiarkan secara langsung dari Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya bermula jam 12 tengah hari ialah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Tidak ketinggalan ialah menteri-menteri yang menghadiri mesyuarat mingguan Kabinet terakhir diadakan. Perdana Menteri turut mengambil peluang itu untuk berucap selama 20 minit menceritakan azam kerajaan membela rakyat.

“Saya telah pun menghadap Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara dan setelah mendapat perkenan daripada Baginda, Parlimen ke-13 akan dibubarkan berkuat kuasa pada esok (Sabtu) 7 April 2018.

“Oleh itu, saya menasihatkan Menteri Besar dan Ketua Menteri menghadap Ketua Negeri masing-masing untuk perkenan membubarkan Dewan Undangan Negeri supaya Pilihan Raya Umum dapat dijalankan serentak,” katanya.

Tidak ketinggalan ialah menteri-menteri yang menghadiri mesyuarat mingguan Kabinet terakhir diadakan. Perdana Menteri turut mengambil peluang itu untuk berucap selama 20 minit menceritakan azam kerajaan membela rakyat.

Ia sekali gus membuka laluan kepada PRU ke-14 diadakan dalam masa terdekat dan tarikhnya bakal ditentukan oleh pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang dijangka mengadakan mesyuarat khas di Putrajaya pada minggu depan.

Semalam, Mesyuarat Pertama Dewan Rakyat dan Dewan Negara bagi penggal keenam, sesi Parlimen ke-13 yang telah bersidang sejak 5 Mac lepas turut ditangguhkan kepada satu tarikh berikutnya yang belum lagi ditetapkan.

Berita pembubaran itu turut mendapat perhatian luar biasa netizen dan liputan luas media antarabangsa bahkan disifatkan ramai pemerhati politik tempatan sebagai ibu kepada segala pilihan raya. – Mynewshub.cc/HAA

Tags: Pilihan Raya Umum
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

UMNO Belum Bersedia Untuk PRU – Tajuddin

13/07/2021
0

SHAH ALAM - Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman menegaskan UMNO belum bersedia untuk menempuh...

SOP Ketat Bukan Jaminan PRU Bebas Penularan Covid-19

01/03/2021
0

PUTRAJAYA - Prosedur operasi standard (SOP) yang ketat bukan jaminan utama untuk mengekang penularan Covid-19 sekiranya Pilihan Raya Umum (PRU)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd