• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pilihan Raya Umum Ke-14 Tidak “Terlambat”

oleh AK-47
07/04/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pengkritik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengatakan beliau takut untuk mengadakan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) kerana tidak yakin Barisan Nasional (BN) boleh menang sebenarnya adalah tidak masuk akal, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

Beliau berkata keputusan untuk membubarkan Parlimen esok tidak terlambat seperti didakwa oleh pembangkang kerana pilihan raya umum diadakan dua bulan lebih awal daripada yang diperlukan.

Salleh berkata, secara tradisi, pilihan raya umum di Malaysia sentiasa diadakan antara empat hingga lima tahun daripada penggal pertama persidangan Parlimen dan bahawa pilihan raya umum yang lepas telah diadakan kurang daripada lima tahun yang lalu.

Beliau menarik perhatian, dari segi undang-undang, PRU14 mesti diadakan selewat-lewatnya menjelang Ogos iaitu empat bulan dari sekarang.

Beliau seterusnya memberikan senarai tarikh pilihan raya umum di bawah dua perdana menteri sebelumnya seperti berikut:

PRU8: 21 Ooktober 1990, PRU9: 25 April 1995, PRU10: 29 November 1999, PRU11: 21 Mac 2004, PRU12: 8 Mac 2008, PRU13: 5 Mei 2013.

“Jika pembangkang mahu membangkitkan isu, biarlah isu-isu tersebut isu yang sah dan bukan isu tidak masuk yang hanya sebagai percubaan untuk menipu rakyat Malaysia.

Membubarkan Parlimen esok tidak “terlambat” seperti dikatakan oleh pembangkang. Malah, ia adalah dua bulan lebih awal daripada yang diperlukan,” kata Salleh menerusi catatan dalam blog beliau hari ini.

Salleh berkata, strategi pembangkang ialah untuk menipu rakyat Malaysia agar memikirkan bahawa Najib dan BN takut kalah dalam PRU14, itulah sebabnya Najib melambatkan pilihan raya umum.

“PRU14 tidak dilambatkan. Ia adalah tepat pada masanya. Dan inilah yang pembangkang menafikan,” kata beliau. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Dr Salleh Said KeruakPilihan Raya Umum Ke-14
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Maknanya, Dah Tak Boleh Ke Nak Tuntut Janji?

10/06/2018
0

BANYAK janji yang dulu dikatakan akan dilaksana dalam tempoh 100 hari kalau Pakatan Harapan (PH) menang Pilihan Raya Umum ke-14...

Salleh Galas Tugas Pengerusi UMNO Sabah

05/06/2018
0

KOTA KINABALU - Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak dilantik menjalankan tugas Pengerusi Perhubungan UMNO...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd