• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 29, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PH Selangor Muktamad Agihan Kerusi DUN

oleh AK-47
19/04/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Pakatan Harapan (PH) Selangor telah mencapai kata sepakat memuktamadkan pengagihan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Pengerusinya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata pakatan itu akan memberi fokus sepenuhnya kepada gerak kerja pilihan raya selain memantapkan jentera PH di seluruh negeri itu.

“Selain itu, PH Selangor meletakkan calon-calon yang berwibawa, berintegriti dan komited untuk memberi khidmat serta menabur bakti kepada negeri dan rakyat,” katanya, yang juga Menteri Besar, dalam kenyataan di sini hari ini.

Perbincangan pengagihan kerusi DUN Selangor sebelum ini mencetuskan konflik antara kepimpinan PH negeri berikutan kegagalan empat parti dalam pakatan itu mencapai kata sepakat.

Pengarah Pilihan Raya PH Selangor, Dr Xavier Jayakumar, sebelum ini, dilaporkan berkata pengumuman calon pakatan itu bagi 56 kerusi DUN di Selangor akan dibuat pada 25 atau 26 April ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan hari penamaan calon pada 28 April manakala hari mengundi pada 9 Mei. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Mohamed Azmin Ali
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

SAMM Tubuh Pasukan Khas Dedahkan Korupsi Azmin

Next Post

Sivarraajh Nafi Lompat Parti Jadi Ahli MyPPP

Related Posts

Malaysia Kurangkan Keluaran Minyak 15,000 Tong Sehari

08/12/2018
0

KUALA LUMPUR – Malaysia bersetuju meneruskan komitmen pelarasan sukarela untuk mengurangkan pengeluaran minyak kepada 15,000 tong sehari berbanding ketetapan 20,000...

Azmin Dahului Rafizi Dengan Majoriti 2,136 Undi Di Sarawak

11/11/2018
0

KUCHING - Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mendahului pencabar tunggalnya Rafizi Ramli dalam persaingan merebut jawatan Timbalan Presiden PKR dalam...

Next Post

Sivarraajh Nafi Lompat Parti Jadi Ahli MyPPP

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd