• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pesuruhjaya Tinggi Britain Pun ‘Back Up’ Zaleha

oleh Haris
05/04/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KISAH rendang ‘rangup’ yang mula menjadi perhatian netizen sejak semalam ini masih lagi diperkatakan sehingga ke hari ini. Malah, disebabkan isu ini, seluruh rakyat Malaysia bersatu dalam mengkritik juri program MasterChef UK.

Keadaan ini turut mendapat perhatian Pesuruhjaya Tinggi Britain di Malaysia, Vicki Treadell yang turut mempertahankan masakan peserta Malaysia, Zaleha Kadir Olpin yang dikritik juri pertandingan masakan itu.

Malah, dalam tulisannya di laman sosial Twiter itu, Vicki turut mempersoalkan kredibiliti kedua-dua juri itu, John Torode dan Gregg Wallace sama ada mereka layak mengkritik makanan dari Asia.

“Rendang ayam yang dihidangkan bersama nasi lemak tidak pernah rangup.

“Ia boleh jadi ayam, kambing atau daging lembu. Ia tidak pernah rangup dan tidak boleh dikelirukan dengan ayam goreng, yang kadang-kadang dihidangkan dengan nasi lemak,” tulisnya.

Tambahnya, rendang ayam dari Malaysia juga tidak sepatutnya dikelirukan dengan cara hidangan juadah itu dari negera seberang, Indonesia.

. @MasterChefUK @JohnTorode1 & @GregAWallace #Rendang is an iconic #Malaysian national dish not to be confused with Indonesian options
It can be #chicken #lamb or #beef
It is never #crispy & should also not be confused with the#friedchicken sometimes served with #nasilemak https://t.co/3sCBsgiwgQ

— VickiTreadell (@VickiTreadell) April 3, 2018

Vicki dilihat seperti membalas salah satu komen Torode di Twitter yang mengatakan rendang kemungkinannya berasal dari Indonesia.

Tweet berkenaan turut mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata-rata merasakan bahawa Treadell adalah individu yang paling sesuai memberi perjelasan terbabit kerana beliau merupakan warga Britain yang dilahirkan dan menetap di Malaysia.

“Terima kasih kerana mempertahankan rendang Malaysia. Siapa lagi yang sesuai mempertahankan juadah ini selain Pesuruhjaya Tinggi Britain yang membesar di negara ini,” tulis Lydia Hepzibah di Twitter.

“Dalam banyak-banyak orang, andalah orang yang paling mengetahui masakan rendang yang sedap. Terima kasih kerana telah membantu menstabilkan kembali isu pertegangan diplomatik yang hampir berlaku ini,” tulis sorang rakyat Britain di Twitter.

Treadell yang dilahirkan di Ipoh, Perak mula berkhidmat sebagai Pesuruhjaya Tinggi Britain ke Malaysia sejak 2014.

Dalam pada itu, sikap bersamaan yang ditunjukkan rakyat Nusantara dalam mempertahankan cara juadah itu disediakan telah berjaya menundukkan laman YouTube program masakan itu.

Laman itu diserang bertubi-tubi semalam oleh netizen-netizen dari Malaysia, Indonesia, Singapura, dan Brunei yang rata-rata meninggalkan komen berbentuk sindiran dan mengecam pihak produksi.

Tindakan itu pada mulanya menyebabkan laman itu menutup ruangan komen, mungkin namun disebabkan kritikan ‘berapi’ netizen telah menyebabkan laman itu dipadam terus dari YouTube.

Nampaknya isu ini telah berjaya menyatukan rakyat negara-negara Nusantara yang selama ini jarang berlaku. Tahniah Zaleha dan juadah nasi lemak ayam rendangnya, hasil tangan anda telah berjaya mengharmonikan Nusantara, sekurang-kurangnya di media sosial. – MYNEWSHUB.CC/EZ

Tags: ayam rendangmasterchef UKnasi lemak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mahal Sangat Ke Nasi Lemak RM3 Sebungkus?

Mahal Sangat Ke Nasi Lemak RM3 Sebungkus?

24/12/2025
0

Soalan ini nampak remeh, tetapi sebenarnya mencerminkan sikap kita sebagai pengguna. Dalam keadaan kos hidup yang semakin meningkat, harga nasi...

CIA Kongsi Hantaran Fakta Nasi Lemak Raih Tumpuan Ramai

CIA Kongsi Hantaran Fakta Nasi Lemak Raih Tumpuan Ramai

20/04/2024
0

SHAH ALAM - Agensi Perisikan Pusat (CIA) meraih tumpuan ramai apabila memuat naik hantaran berhubung fakta-fakta menarik mengenai nasi lemak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd