• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 28, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pertumbuhan Pembiayaan Bersih Lebih Sederhana

oleh AK-47
30/04/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pertumbuhan pembiayaan bersih Malaysia terus menyokong aktiviti ekonomi tetapi lebih sederhana kepada 6.8 peratus pada Mac tahun ini berbanding 7.4 peratus pada Februari.

Bank Negara Malaysia (BNM) berkata, pertumbuhan terbitan bon korporat terkumpul bersih juga sederhana pada 14.2 peratus berbanding 16.4 peratus bulan Februari, manakala pertumbuhan pinjaman terkumpul sistem perbankan berada pada 4.4 peratus.

“Pertumbuhan pinjaman perniagaan kekal stabil pada 1.9 peratus pada Mac berbanding dua peratus pada Februari. Khususnya,pinjaman kepada perusahaan kecil dan sederhana meningkat kepada 5.8 peratus berbanding 5.4 peratus pada bulan sebelumnya.

“Pertumbuhan pinjaman isi rumah kekal pada 5.6 peratus,” kata BNM dalam satu kenyataan mengenai sorotan bulanan bagi Mac 2018.

Bank pusat itu berkata pasaran kewangan domestik terjejas oleh keadaan global yang tidak menentu.

Pada Mac, BNM berkata, pasaran kewangan domestik mencatat prestasi positif berikutan berkurangnya kebimbangan terhadap ketidakpastian mengenai dasar monetari AS dan ketegangan perdagangan AS-China.

“Ketidakpastian kenaikan kadar faedah AS pada 2018 berkurang disebabkan pertumbuhan upah yang lebih perlahan di AS dan penerusan langkah Rizab Persekutuan untuk mengembalikan semula dasar monetari ke paras wajar,” katanya.

Mengenai ringgit, BNM berkata, ia meningkat sebanyak 1.6 peratus dan hasil Sekuriti Kerajaan Malaysia lima tahun merosot 8.1 mata asas berikutan aliran masuk bukan pemastautin.

“Pertukaran mata wang asing (FX) meningkat sebanyak AS$17.9 bilion (AS$1=RM3.91) kepada US$120.9 bilion disebabkan terutama oleh peningkatan aktiviti pertukaran antara bank, sejajar dengan peningkatan permintaan pengimport dan syarikat korporat terhadap dolar pada suku akhir tersebut.

“Ini menyebabkan kos pendanaan dolar tersirat melalui pertukaran FX meningkat sebanyak dua mata asas kepada 2.31 peratus pada akhir Mac (akhir Februari: 2.29 peratus) dan mata swap AS /ringgit satu bulan purata menurun tiga mata kepada 40 mata,” katanya.

Menurut BNM, kualiti aset sistem perbankan juga kekal kukuh di mana tahap pinjaman terjejas daripada jumlah pinjaman bersih naik sedikit kepada 0.99 peratus selepas ditolak peruntukan jejas nilai individu (Februari: 0.94 peratus).

Sejak Januari 2018, katanya, jumlah peruntukan sistem perbankan meningkat berikutan langkah institusi perbankan mengubah metodologi pengiraan anggaran peruntukan jejas nilai susulan pelaksanaan Piawaian Laporan Kewangan Malaysia 9.

“Nisbah jumlah peruntukan kepada jumlah pinjaman kekal pada 1.5 peratus,” katanya.

Dalam perkembangan lain, BNM berkata, inflasi keseluruhan pada Mac kekal rendah pada 1.3 peratus (Februari 1.4 peratus).

“Kategori pengangkutan mencatat inflasi yang lebih rendah iaitu -1.5 peratus berikutan penurunan purata bahan api domestik pada bulan itu.

“Inflasi dalam kategori makanan dan minuman bukan alkohol semakin rendah kepada 2.8 peratus pada Mac (Februari: 3.0 peratus), disebabkan terutama bekalan makanan laut segar yang lebih tinggi,” katanya.

BNM berkata, rizab antarabangsa meningkat kepada US$110.0 bilion pada 13 April tahun ini.

“Kedudukan rizab itu mencukupi untuk memudahkan urus niaga antarabangsa. Ia cukup untuk membiayai 7.7 bulan import tertangguh, jauh lebih tinggi daripada ambang antarabangsa tiga bulan dan 1.1 kali hutang luar negara jangka pendek,” katanya. – BERNAMA

Tags: Bank Negara Malaysia (BNM)
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Prasarana Ambil Alih Operasi Feri Pulau Pinang

Next Post

Elly Mazlein Akan Terus Bersuara Demi Hak Anak

Related Posts

Permohonan Moratorium Pinjaman Dibuka, Lulus Automatik

07/07/2021
0

KUALA LUMPUR - Permohonan untuk mendapatkan kemudahan bayaran balik pinjaman atau moratorium untuk tempoh enam bulan akan dibuka bermula esok....

Rizab Rasmi Malaysia AS$102.484 Bilion Pada Akhir April

29/05/2020
0

KUALA LUMPUR - Rizab antarabangsa Malaysia tetap boleh guna pada akhir April 2020, dengan aset rizab rasmi berjumlah AS$102.484 bilion....

Next Post

Elly Mazlein Akan Terus Bersuara Demi Hak Anak

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd