• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perodua Perkenal Model Baharu Bezza GXtra

oleh Haris
26/04/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SERDANG – Selepas menembusi pasaran sejak dua tahun lalu, Perodua hari ini memperkenalkan model varian baharu Bezza GXTra yang akan menggantikan model 1.0 Standard G yang mendapat sambutan ramai.

Model Bezza GXtra tersebut dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada acara Malaysia Autoshow 2018 yang diadakan di Taman Ekspo Agro Malaysia Serdang (MAEPS), di sini pagi tadi.

Harga pengenalan bagi model varian terbaharu itu ditetapkan sebanyak RM35,500 untuk manual dan RM37,500 untuk automatik dan ia kini sudah dibuka untuk tempahan.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Dr. Aminar Rashid Salleh berkata, Bezza GXtra ini ditambah baik berdasarkan maklumbalas mereka sekaligus menunjukkan dedikasi berterusan syarikat itu buat pelanggan mereka.

“Sebagai syarikat yang mengutamakan insan, Perodua sentiasa memberi perhatian keperluan dan kehendak pelanggan kami. Kami akan terus menambah baik produk dan perkhidmatan kami untuk meningkatkan lagi tahap kepuasan pelanggan kami,” katanya pada majlis pelancaran itu.

Turut hadir pada majlis pelancaran itu adalah Pengerusi Perodua, Tan Sri Asmat kamaludin.

Varian Bezza peringkat asas baharu ini mempunyai skirt sisi dan pemegang pintu luar krom, dan kini boleh didapati dalam warna ‘Ocean Blue’ yang sebelum ini hanya ditawarkan pada varian Bezza 1.3L.

Di dalamnya pula, papan pemuka dan panel audio dihiasi dengan warna ‘Piano Black’ manakala corong udara, sayap stering serta tapak gear dihiasi trim bewarna terang sekaligus menghasilkan suasana yang lebih unggul.

Untuk pengetahuan, Bezza merupakan sedan pertama keluaran syarikat itu dan menjadi sedan Kenderaan Cekap Tenaga (EEV) paling mampu milik di Malaysia.

Malah, sejak pelancarannya pada perengahan tahun 2016, Bezza telah menjadi sedan paling laris di negara ini, sehingga mencatat jualan sebanyak 100,000 unit sehingga kini.

Tambah Aminar, Bezza telah menjadi pilihan ramai keluarga kecil di Malaysia kerana kebolehpercayaannya, kos pemilikan yang rendah, pemanduan yang mudah serta ruang yang luas.

“Bezza GXtra mewakili langkah seterusnya dalam jangka hayat model ini. Dengan menyediakan spesifikasi trim yang setanding dengan Bezza 1.3 Premium X, kami memberikan lebih banyak nilai kepada pelanggan berbanding sebelumnya,” ujarnya.

Varian terbaharu Bezza GXtra ini dikuasakan enjin 1.0 liter 1KR-VE dengan VVT-i dengan pilihan transmisi manual lima kelajuan atau automatik empat kelajuan E-AT.

Penggunaan bahan api cekap diteruskan daripada varian terdahulu, iaitu 22.8 kilometer seliter (km/l) bagi varian manual manakala 21.3km/l untuk automatik.

Untuk makluman, Perodua Bezza GXtra kini dibuka untuk tempahan dan orang ramai yang mahu melihat lebih dekat boleh mengunjung ke Malaysia Autoshow 2018 yang berlangsunga mulai hari ini sehingga 29 April depan.

Selain itu, anda juga boleh mengunjungi bilik pameran Perodua yang berdekatan pada 5 dan 6 Mei ini, bersempena dengan hari pelanggan. – MYNEWSHUB.CC/EZ

Tags: BaharuPerodua Bezza
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Indonesia Tambah 3 Wilayah Autonomi Baharu

Indonesia Tambah 3 Wilayah Autonomi Baharu

12/11/2022
0

JAKARTA: Bilangan wilayah Indonesia meningkat daripada 34 kepada 37 apabila tiga wilayah autonomi baharu dirasmikan semalam. Ikuti Mynewshub: Telegram Menteri Dalam...

Perodua Bezza Limited Edition Habis Dijual

23/04/2019
0

KUALA LUMPUR – Sebanyak 50 unit Bezza Limited Edition yang dibawa khas oleh Perodua semasa Malaysia Autoshow 2019 telah habis...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd