• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perlu Menang Untuk Penyokong Setia JDT – Safiq

oleh Ahmad Albab
24/04/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) berharap beraksi di laman sendiri akan memberi mereka kelebihan dari segi taktikal dan semangat apabila berdepan kelab dari Vietnam, Song Lam Nghe An FC dalam kempen Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) di Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos di Larkin, esok.

Ketua pasukan Safiq Rahim berkata JDT tidak boleh tewas dalam perlawanan tersebut kerana pasukan berkenaan tekad untuk mara ke saingan seterusnya pada kejohanan berkenaan.

JDT kini menduduki tempat ketiga Kumpulan H dengan tujuh mata, kurang tiga mata daripada dua pasukan teratas, Persija Jakarta dari Indonesia dan Song Lam Nghe An FC, yang masing-masing mengumpul 10 mata, dengan berbaki satu perlawanan.

“Kita beraksi di gelanggang sendiri dan di hadapan penyokong setia JDT, maka kita mempunyai kelebihan dan kita tidak mahu mengecewakan mereka. Paling penting pemain perlu fokus dan mematuhi strategi taktikal yang direncanakan jurulatih.

“Jika kita patuh arahan, tiada yang mustahil untuk kita mendapat keputusan baik. Persiapan kita juga berjalan mengikut perancangan dan kita perlu menang bukan sahaja untuk pasukan dan menaikkan semangat pemain, tetapi lebih penting memberi keyakinan kepada penyokong setia kita,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Safiq berkata dalam bola sepak segalanya boleh berlaku, namun yang lebih penting pemain perlu menampilkan aksi terbaik, sambil berharap perlawanan esok akan memihak kepada JDT.

“Kita tidak boleh memandang rendah lawan kita kerana macam-macam boleh terjadi dalam bola sepak. Kita mungkin menang 6-0, 1-0, seri atau lebih buruk, kalah perlawanan itu, maka perkara yang perlu kita lakukan adalah mempamerkan aksi terbaik,” katanya.

Sementara itu, Ketua jurulatih JDT Raul Longhi berkata beliau akan melakukan pertukaran pemain dalam kesebelasan utama pada perlawanan esok kerana pasukan berkenaan juga sedang melakukan persiapan berdepan Kelantan dalam saingan Liga Super, Sabtu ini.

“Kita perlu merehatkan beberapa pemain utama untuk berdepan Kelantan pada 28 April ini kerana perlawanan itu juga sangat penting,” katanya.

Beliau berkata berikutan kekalahan kepada Pahang dalam saingan Piala FA pada Jumaat lepas, pasukan berkenaan kini berusaha keras memperbaiki prestasi mereka untuk aksi seterusnya.

“Apa pun, kemenangan ke atas Song Lam Nghe An FC esok akan menaikkan semangat pasukan,” katanya, sambil mengakui pasukan lawan mempunyai trek rekod yang baik. – BERNAMA

Tags: Safiq Rahim
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kereta Safiq Rahim Pula Dipecah Guna Tukul

Kereta Safiq Rahim Pula Dipecah Guna Tukul

08/05/2024
0

Kereta pemain tengah pasukan bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) Safiq Rahim dipecah individu tidak dikenali menggunakan tukul besi di...

Safiq Cabar Liridon Pamer ‘Taring’ Bersama Harimau Malaya

05/02/2020
0

CYBERJAYA - Bekas ketua pasukan skuad kebangsaan Safiq Rahim, mencabar pemain naturalisasi baharu negara Liridon Krasniqi, menjadi ‘taring’ Harimau Malaya bagi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd