• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, February 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perlu Bersatu, Bekerjsama Tentang ‘Musuh Negara’

oleh Ahmad Albab
21/04/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BELUD – Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak meminta rakyat di negara ini agar bersatu dan bekerjasama untuk menentang musuh negara yang kini telah menyusup ke dalam negara melalui pelbagai kaedah.

Beliau berkata kini musuh negara menggunakan kecangihan teknologi untuk cuba memecah belahkan perpaduan kaum, agama dan bangsa di nagara ini.

“Sekarang musuh negara adalah berlainan berbanding pada masa dahulu kerana musuh boleh menyusup dengan cara lain…banyak pihak yang cemburu dengan kejayaan yang dikecapi negara kita..jadi mereka menggunakan pihak tertentu untuk cuba pecah belahkan perpaduan di negara ini dengan menabur fitnah yang kemudiannya disebarkan melalui media sosial seperti WhatsApp.

“Oleh itu saya berharap rakyat bekerjasama untuk memerangi fitnah yang ditularkan…walaupun kita mempunyai perbezaan contohnya dari segi politi, namun kita perlu bersatu untuk memerangi musuh negara agar kita sentiasa hidup dalam keadaan aman dan damai,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Veteran Tentara Malaysia (PVATM) cawangan Kota Belud di sini, hari ini.

Salleh berkata sejak akhir-akhir ini terlalu banyak berita palsu yang disebarkan, khususnya melalui WhatsApp yang jelas hanya fitnah dan tuduhan tidak berasas.

“Itulah sebabnya kerajaan telah meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Anti Berita Tidak Benar kerana ia bertujuan untuk pencegahan penularan berita palsu dan ia adalah untuk kebaikan rakyat,” katanya.

Pada majlis itu, Salleh turut melancarkan Tabung Kebajikan PVATM cawangan Kota Belud dan menyalurkan RM20,000 untuk dimasukkan dalam tabung berkenaan.

Sementara itu, dalam majlis berasingan Salleh menyampaikan Skim Keusahawanan Belia Sabah (YESS) kepada 100 penerima di kawasan Kota Belud, iaitu 93 penerima individu dan tujuh lagi adalah penerima berkumpulan.

Beliau berkata YESS diwujudkan atas inisiatif kerajaan bagi mencorakkan citra masa depan golongan belia ke arah meningkatkan kualiti hidup dan kesejahteraan berpaskikan 3K iaitu Kepimpinan, Kemahiran dan Keusahawanan.

“Saya berharap semua penerima menfaatkan sebaik mungkin inisiatif ini untuk meningkatkan taraf hidup serta berdikari,” katanya.

Permohonan YESS secara individu layak menerima pinjaman sebanyak RM2,000 manakala peminjam berkumpulan dengan keahlian antara dua dan lima orang layak menerima pinjaman sehingga RM5,000. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Dr Salleh Said KeruakRakyat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Indonesia Kaya Tapi Rakyat Masih Ramai Miskin’-Prabowo

‘Indonesia Kaya Tapi Rakyat Masih Ramai Miskin’-Prabowo

11/01/2026
0

JAKARTA – Presiden Indonesia, Prabowo Subianto, meluahkan keprihatinan mendalam terhadap realiti negaranya yang kaya dengan sumber daya alam, namun masih...

Pembubaran DUN Sabah Buka Ruang Rakyat Beri Mandat Kepada Kerajaan Baru

Pembubaran DUN Sabah Buka Ruang Rakyat Beri Mandat Kepada Kerajaan Baru

06/10/2025
0

KOTA KINABALU - Pembubaran rasmi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah hari ini bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd