• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perlis Larang Calon PRU Jadi Imam, Kempen Di Masjid

oleh
13/04/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TEGAS… Semua masjid di Perlis diingatkan agar tidak membenarkan mana-mana calon yang bertanding dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14 atau wakil parti politik untuk menjadi imam.

Ini termasuk dalam urusan memimpin solat fardu, jenazah dan sunat selain larangan berkempen di sekitar pagar, kawasan pekarangan masjid dan di dalam rumah ibadah umat Islam itu, menurut laporan media tempatan hari ini.

Dalam masa sama, segala kempen politik oleh wakil atau ejen calon termasuk pemasangan bendera, kain rentang, poster yang mengandungi simbol parti terlibat, turut dilarang sama sekali di kawasan masjid di seluruh negeri ini.

Perkara mengenai larangan baharu berkenaan termaktub dalam surat makluman bertarikh 9 April lalu yang ditandatangani sendiri oleh Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs), Dr. Hazman Hassan.

Notis tersebut yang dihantar kepada semua imam dan Pengerusi Jawatankuasa Kariah Masjid di Perlis turut dikongsi oleh Mufti Perlis, Prof. Madya Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin dalam akaun Facebooknya hari ini.

Hazman berkata bahawa calon yang bertanding atau wakilnya juga adalah dilarang menyampaikan khutbah, ceramah, kuliah, tazkirah, taklimat atau penerangan serta ucapan di pagar, kawasan serta di dalam masjid.

Selain itu, katanya, mereka dilarang mengetuai acara agama seperti bacaan doa, zikir dan selawat. Tambah Hazman, pegawai dan ahli jawatankuasa kariah masjid khususnya, hendaklah memastikan larangan dipatuhi sepanjang masa.

“Calon atau wakil dilarang jadi imam kepada mana-mana solat fardu, jenazah atau solat sunat kecuali solat fardu dan jenazah dalam keadaan masbuk (terlewat) sama ada di pagar, di kawasan masjid mahupun di dalam masjid.

“Masjid-masjid di seluruh negeri ini hendaklah kekal sebagai tempat ibadah dan tempat perpaduan ummah yang mengatasi unsur politik kepartian serta agenda pilihan raya,” tegas Hazman menerusi pekeliling berkenaan.

Sebarang pelanggaran atau pencerobohan hendaklah ditegah serta-merta dan dilaporkan kepada JAIPs secepat mungkin selaras dengan titah Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail baru-baru ini.

Kata Hazman, larangan propaganda politik itu juga dikeluarkan sebagai menjunjung titah perintah Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail menerusi ‘7 Amanat DYMM Raja Perlis’. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Mufti PerlisPerlis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Apakah Undang-Undang Hanya ‘Cengih’ Untuk Yang Beragama Islam Sahaja? – Mufti Perlis

Apakah Undang-Undang Hanya ‘Cengih’ Untuk Yang Beragama Islam Sahaja? – Mufti Perlis

14/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Mufti Perlis, Mohd. Asri Zainul Abidin mempersoalkan sama ada undang-undang di negara ini dilihat hanya...

Mufti Perlis Bimbang Anasir Hindutva Di India Menular Ke Malaysia 

Mufti Perlis Bimbang Anasir Hindutva Di India Menular Ke Malaysia 

11/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin menzahirkan kebimbangan terhadap kemungkinan pengaruh pengganas gerakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd