• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perbicaraan Kes Perunding Hina PM Diteruskan

oleh AK-47
20/04/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA — Mahkamah Rayuan memerintahkan perbicaraan kes seorang perunding bangunan yang menghadapi pertuduhan menghina Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di laman sosial, diteruskan.

Panel tiga hakim terdiri daripada Datuk Ahmadi Asnawi, Datuk Kamardin Hashim dan Datuk Abdul Karim Abdul Jalil hari ini menolak permohonan Syarul Ema Rena Abu Samah bagi perbicaraan itu ditangguhkan sementara menunggu rayuannya di Mahkamah Rayuan diputuskan.

“Kami tidak bersama-sama anda. Perkara ini perlu diteruskan. Perbicaraan perlu diteruskan. Permohonan (penangguhan) ditolak,” kata Ahmadi yang mempengerusikan panel itu.

Syarul Ema, 37, memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi menolak permohonannya untuk merujuk kesnya ke Mahkamah Persekutuan bagi mencabar keperlembagaan Seksyen 233 (1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia (CMA) 1998. Mahkamah masih belum mendengar rayuannya.

Pada 17 Februari, 2016, Syarul Ema mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Sepang terhadap pertuduhan secara sedar menggunakan aplikasi rangkaian, menerusi profil Facebook “Ratu Naga” untuk membuat dan memulakan penghantaran komen jelik sifatknya terhadap Najib berhubung Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) dengan niat untuk menganggu orang lain.

Kesalahan itu didakwa dilakukan dalam laman Facebook miliknya pada 12.02 pagi, 6 Oktober 2015.

Syarul Ema didakwa mengikut Seksyen 233 (1) (a) CMA yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga setahun, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Kesnya ditetapkan untuk sebutan di Mahkamah Sesyen pada 26 April.

Dalam prosiding hari ini, peguam mewakili tertuduh, Latheefa Koya semasa memohon perintah penangguhan berhujah sekiranya mahkamah rayuan membuat keputusan memihak kepada anak guam berhubung soal keperlembagaan itu, perkara itu akan menjadi akademik.

Timbalan Pendakwa Raya Mohd Sophian Zakaria dalam hujahnya berkata perbicaraan itu patut diteruskan kerana tiada sebarang keputusan mahkamah berhubung keperlembagaan Seksyen 233 (1)(a) CMA. – BERNAMA

Tags: Mahkamah Rayuan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kes Bunuh Lamaran Ditolak: Mahkamah Rayuan Jatuhi Hukuman Mati Ke Atas Peniaga Ayam

Kes Bunuh Lamaran Ditolak: Mahkamah Rayuan Jatuhi Hukuman Mati Ke Atas Peniaga Ayam

04/11/2025
0

PUTRAJAYA: Seorang bekas peniaga ayam dijatuhkan hukuman mati oleh Mahkamah Rayuan hari ini kerana membunuh seorang ibu tunggal yang menolak...

Saifuddin Rayu Keputusan Sabitan Fitnah Sanusi

Saifuddin Rayu Keputusan Sabitan Fitnah Sanusi

24/08/2025
0

ALOR SETAR: Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail akan mengemukakan rayuan di Mahkamah Rayuan selepas keputusan Mahkamah Tinggi di sini, hari...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd