• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perasaan Gemuruh Jejaskan Lompatan Hakimi

oleh Ahmad Albab
16/04/2018
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GOLD COAST – Perasaan gemuruh dan hilang keyakinan diri menjadi punca kemerosotan prestasi atlet negara, Muhammad Hakimi Ismail, untuk layak dalam kelompok lapan terbaik pada final acara lompat kijang lelaki di Sukan Komanwel, di sini hari ini.

Sikap terlalu berhati-hati oleh atlet Program Podium itu ‘memakan diri’ apabila sekadar melakukan lompatan sejauh 15.97m pada percubaan ketiga untuk menduduki tangga kesembilan daripada 11 atlet layak ke final.

Pada percubaan pertama, beliau melakukan lompatan sejauh 15.77m dan percubaan keduannya dibatalkan kerana terpijak garisan penanda.

Selepas tiga lompatan, lapan atlet terbaik akan mara ke pusingan penentuan pingat.

Acara final itu dimenangi oleh atlet Guyana, Troy Doris dengan lompatan sejauh 16.88m, manakala pingat perak dan gangsa dimenangi masing-masing oleh atlet Domica, Yordanys Duranora Garcia (16.86m) dan Marcel Mayack II dari Cameroon dengan catatan 16.80m.

Khamis lepas, Hakimi merekodkan catatan 16.36m pada pusingan kelayakan.

“Hari ini bukan tuah saya. Saya terlalu berhati-hati,” kata pembawa Jalur Gemilang pada temasya itu yang memilik rekod kebangsaan 16.76m yang dicipta pada Sukan SEA 2017 Kuala Lumpur.

Menurut ketua jurulatih olahraga negara, Zainal Abas, prestasi buruk Hakimi disebabkan oleh beberapa kesilapan teknikal yang dilakukan oleh atlet berkenaan. – BERNAMA

Tags: Sukan Komanwel 2018
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PM Ucap Tahniah Kepada Atlet Di Sukan Komanwel

16/04/2018
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan tahniah dan berterima kasih kepada semua atlet negara yang...

Sukan Komanwel Labuhkan Tirai Penuh Gilang-Gemilang

16/04/2018
0

GOLD COAST – Selepas 11 hari pertandingan, temasya Sukan Komanwel 2018 malam ini, melabuhkan tirai dalam upacara gilang-gemilang dan padat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd