• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penyitaan Equanimity Tidak Sah, Arah Dikembalikan

oleh Ahmad Albab
19/04/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JAKARTA – Mahkamah Pengadilan Negeri Jakarta Selatan hari ini memutuskan bahawa tindakan pihak berkuasa menyita kapal layar Equanimity di Bali bulan lepas, adalah tidak sah.

Sehubungan itu, Hakim Ratmoho mengarahkan Polis Indonesia menyerahkan kembali kapal layar itu kepada pemiliknya, Equanimity (Cayman) Ltd Islands, yang menfailkan permohonan supaya kapal layar itu dikembalikan.

“Sita kapal Equanimity terhadap pemohon berdasarkan surat perintah penyitaan adalah tidak sah dan tidak berdasarkan hukum (undang-undang),” katanya dalam sidang pengadilan di sini, petang tadi.

Ratmoho berkata penyitaan itu tidak sah kerana polis gagal membuktikan kapal itu terbabit dalam kegiatan jenayah.

Kapal layar itu dirampas pada 28 Februari lepas di Bali dan menjadi sasaran penyebar berita dan maklumat tidak benar termasuk kononnya sejumlah besar wang ditemui di dalam kapal layar berkenaan.

Sebelum ini, wakil Direktur Direktorat Tindak Pidana Ekonomi Khusus (Dittipideksus) Indonesia, Daniel Silitingo, turut menafikan penemuan wang berkenaan.

Selain itu, kapal layar berkenaan turut dikaitkan dengan hartawan kontroversi Jho Low yang didakwa menggunakan dana daripada 1MDB untuk membeli kapal layar itu. – BERNAMA

Tags: kapal layar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Empat Mayat Ditemui Selepas Kapal Layar Hanyut Secara Misteri

Empat Mayat Ditemui Selepas Kapal Layar Hanyut Secara Misteri

03/01/2023
0

BANGKOK – Empat mayat ditemui selepas sebuah kapal layar sepanjang 64.37 meter (m) dicuri dan hanyut secara misteri dengan sendirinya...

The Equanimity Dijangka Tiba Di Pelabuhan Klang

07/08/2018
0

KUALA LUMPUR- Kapal ‘Equanimity’ yang dipercayai milik ahli perniagaan kontroversi Low Taek Jho atau Jho Low dijangka tiba di Terminal...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd