• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 22, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penyandang Kerusi Parlimen Umum Tak Bertanding

oleh AK-47
20/04/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SIBU – Penyandang kerusi Parlimen Tanjung Manis Datuk Norah Abdul Rahman dari Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) hari ini membuat pengumuman tidak akan mempertahankan kerusinya pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) pada 9 Mei nanti.

Beliau yang mengumumkan keputusan tersebut melalui akaun Facebook – Norah Abd Rahman berkata “Saya telah berjumpa dengan YAB Ketua Menteri Sarawak (Datuk Patinggi Dr Abang Johari Tun Openg) dan (Timbalan Ketua Menteri) YB D.A Awg Tengah dan memohon untuk direhat dari PRU akan datang atas sebab kesihatan”.

Beliau turut mendoakan agar Barisan Nasional Sarawak akan tetap berjaya dengan kemenangan cemerlang dan bergaya pada pilihan raya itu nanti.

“Perkuatkan sokongan padu kepada YAB Ketua Menteri kita dan YAB Perdana Menteri Malaysia. Teguh kubu saf-saf Barisan PBB/ BN di setiap kawasan Parlimen Tg Manis,” kata beliau sambil memohon maaf kepada penyokong beliau.

Berterima kasih di atas segala sokongan yang diberikan kepadanya selama ini, Norah, 59, yang merupakan anak bekas Yang Dipertua Negeri Allahyarham Tun Abdul Rahman Ya’kub berharap agar semua pihak dapat menerima dengan baik keputusannya untuk berundur itu.

Pada PRU13, Norah menghadapi pertandingan satu lawan satu dengan calon PAS Jurina Mut dan beliau memperoleh 12,535 undi dengan majority 10,964 undi.

Jurina yang memperoleh 1,571 undi hilang deposit dalam pilihan raya itu. – BERNAMA

Tags: Datuk Norah Abdul RahmanPRU14
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Fadillah Yakin BN Sarawak Menang Lebih Besar PRU14

Next Post

Sokong Kerajaan Berhemah Demi Negara

Related Posts

Selesai Isu Kemelut Politik Pasca PRU14 Bukti Kewibawaan Agong Payungi Negara

Selesai Isu Kemelut Politik Pasca PRU14 Bukti Kewibawaan Agong Payungi Negara

27/01/2024
0

KUALA LUMPUR: Kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menangani kemelut politik pasca-Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14)...

BN Hasrat Pertahan Kerusi Tradisi PRU14, PRK

10/07/2020
0

SHAH ALAM - Barisan Nasional (BN) mahu mempertahankan semua kerusi tradisi yang dimenangi parti itu sama ada pada Pilihan Raya...

Next Post

Sokong Kerajaan Berhemah Demi Negara

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd