• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 29, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penjawat Awam Perlu Letak Jawatan Jika Jadi Calon

oleh Ahmad Albab
24/04/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA KRAI – Penjawat awam berkhidmat secara tetap atau kontrak yang dipilih sebagai calon bagi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) pada 9 Mei depan, perlu letak jawatan masing-masing, kata Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa.

Beliau berkata adalah menjadi tanggungjawab penjawat awam untuk mematuhi prosedur itu yang dilaksanakan sebelum ini.

“Kita kena tengok jumlah (penjawat awam menjadi calon) selepas berlangsungnya penamaan calon Sabtu ini, pada hari tersebut automatik semuanya akan terjawab,” katanya kepada pemberita pada Program Ziarah Kebajikan Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (Puspanita) di Hospital Kuala Krai (HKK) di sini, hari ini.

Turut hadir Yang Dipertua Puspanita, Datuk Seri Rohani Abdullah; Pengarah Kesihatan Negeri Kelantan, Datuk Ahmad Razin Ahmad Mahir dan Pengarah HKK, Dr. Mohd Salleh Mat Jusoh.

Pada program itu, Ali yang juga penasihat Puspanita turut menyerahkan sumbangan daripada persatuan itu berjumlah RM103,000 kepada HKK bagi pembelian peralatan dan ubat-ubatan hospital berkenaan selain sumbangan kepada pesakit.

Terdahulu, beliau yang dalam rangka lawatan selama dua hari di Kelantan meluangkan masa melawat hospital baharu Kuala Krai, di sini yang dilaporkan 99 peratus siap.

Beliau berkata pembinaan hospital yang dilengkapi peralatan canggih dengan kos RM300 juta tersebut menunjukkan kerajaan persekutuan benar-benar ingin membantu rakyat Kelantan. – BERNAMA

Tags: Ali Hamsa
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Perlu Menang Untuk Penyokong Setia JDT – Safiq

Next Post

BN Sediakan Infrastruktur Terbaik Rakyat Selangor

Related Posts

Allahyarham Ali Hamsa Diberi Penghormatan Terakhir

25/04/2022
0

PUTRAJAYA : Lebih 500 orang hadir ke Dewan Sheikh Daud Al-Fathoni, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (MTMZA) di sini bagi...

Jenazah Allahyarham Ali Hamsa Dibawa Pulang Isnin Ini

23/04/2022
0

PUTRAJAYA : Jenazah Allahyarham Tan Sri Dr. Ali Hamsa akan dibawa pulang ke Malaysia bagi penghormatan terakhir dan dikebumikan di...

Next Post

BN Sediakan Infrastruktur Terbaik Rakyat Selangor

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd