• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 19, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengurus Jadi Mangsa, Che Ta Amuk ‘Serang’ Kak Zai

oleh
20/04/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

NAMPAKNYA kenyataan ‘pedas’ pengkritik fesyen, Zaihani Mohd. Zain yang mempersenda individu bertubuh besar terus menjadi bualan hangat sehingga ke hari ini.

Terbaharu, pelakon dan usahawan jelita Rozita Che Wan pula tampil mengecam pengkritik dan pengulas fesyen berkenaan.

Dipetik daripada laporan beberapa sumber, Rozita atau lebih dikenali sebagai Che Ta meluahkan rasa kurang senang terhadap Zaihani kerana melemparkan tuduhan liar dan tidak berasas ke atas pengurusnya.

pelakon dan usahawan jelita Rozita Che Wan

Difahamkan, Zaihani atau lebih mesra dengan panggilan Kak Zai mendakwa bahawa pengurus kepada pelakon wanita itu adalah punca dan individu yang mula menyebarkan kenyataan dimuat naik olehnya baru-baru ini.

Perkara itu telah dikongsi oleh Che Ta sendiri menerusi salah satu entri terbaharu di laman Instagram miliknya pada Khamis.

“Kata dah mohon maaf, ka mohon propa? Ish ingat mulut ja jahat, rupanya hati perut pun busuk, luar dalam sama busuk, kedut macam lace beropol,” tulis Che Ta.

Menerusi entri berkenaan juga, Zaihani dilihat seolah-olah ‘hasut’ rakan-rakannya yang lain agar tidak membenarkan pengurus Che Ta membuat pinjaman baju untuk artis di bawah syarikat pengurusannya.

Sementara itu, pengurus Rozita iaitu Afiq berkata masih ramai lagi pereka fesyen yang mahu menaja baju untuk artis di bawah naungannya.

“InsyaAllah ramai lagi pereka fesyen yang boleh taja, siapa yang ikut hasutan dia bodoh la orang itu sebab dia (Zaihani) tidak boleh pakai dan promosi baju anda pun.

“Rezeki datang dari Tuhan dan InsyaAllah ada juga pereka fesyen yang akan taja. Kita memerlukan satu sama lain, saya tolong mereka, mereka tolong saya,” ujar Afiq.

BACA : Hina Orang Gemuk, Zaihani Diselar Ramai Pihak

BACA : Zaihani Tampil Penjelasan Isu Hina Orang Gemuk

Terdahulu, Zaihani telah memuat naik status yang mengundang ‘amarah’ ramai pihak di media sosial yang disifatkan mengutuk individu berbadan besar.

Difahamkan, penggiat fesyen tersebut meluahkan ketidakselesaan itu selepas duduk bersebelahan dengan individu bertubuh besar dalam sebuah pertunjukan fesyen. – MYNEWSHUB.CC/AM

Tags: Che TaKAK ZAIRozita Che WanZAIHANI
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Tak Bawa Kisah Cinta Luar Set, Syafiq Masih Single!

Next Post

Sultan Selangor Tak Memihak Sebarang Parti Politik

Related Posts

Barangan Rumah Che Ta Bernilai Hampir RM100,000 Disita

Barangan Rumah Che Ta Bernilai Hampir RM100,000 Disita

10/12/2024
0

DAMANSARA - Pelbagai barangan rumah milik aktres Rozita Che Wan bernilai hampir RM100,000 disita oleh pihak mahkamah pada Selasa. IKUTI...

Disuruh Jadi Ibu Remy Ishak, Che Ta Tak Mahu!

24/11/2021
0

KUALA LUMPUR : Pelakon yang sentiasa menjaga keterampilan, Rozita Che Wan, mengaku baru-baru ini terpaksa menolak tawaran untuk menggalas watak...

Next Post

Sultan Selangor Tak Memihak Sebarang Parti Politik

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd