• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengundian PRU14 Diramal Pada 1 Mei?

oleh AK-47
07/04/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Setelah teka-teki tarikh pembubaran Parlimen terjawab, para penganalisis politik kini meramalkan bahawa pengundian Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 akan diadakan antara 29 April dan 1 Mei.

Pakar Strategis Geopolitik Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof Madya Dr Azmi Hassan berkata purata tempoh yang diambil oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menjalankan pilihan raya, berdasarkan PRU yang lepas ialah 25 hari dari tarikh kuatkuasa pembubaran Parlimen.

“Saya jangka tempoh 25 hari itu adalah jangkaan terbaik untuk menjalankan hari pengundian… Ia tidak akan sampai kepada bulan Ramadan. Ini setelah mengambil kira tempoh minimum berkempen selama 11 hari,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini, hari ini.

Susulan pembubaran Parlimen berkuat kuasa 7 April maka mengikut tempoh purata 25 hari yang dicadangkan oleh Azmi, tarikh pengundian akan jatuh pada 1 Mei, iaitu Hari Pekerja yang juga merupakan cuti umum.

“Tidak menjadi masalah jika hari pengundian itu dijalankan pada hari cuti umum. Malah lebih baik kerana ia akan memberi lebih peluang kepada pengundi untuk keluar mengundi.

“Keadaan ini juga bersesuaian dengan sentimen masyarakat yang dilihat sedang berkobar-kobar untuk mengundi, terutama dikalangan 1.6 juta pengundi baharu. Saya menjangka peratusan rakyat keluar mengundi pada PRU14 akan melebihi 80 peratus,” jelasnya.

Bagi Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa Majlis Profesor Negara, Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak, penamaan calon kebiasaannya akan dijalankan dalam tempoh 10 hingga 14 hari dari tarikh Parlimen dibubarkan, yang mana akan jatuh pada 20 April.

Katanya tempoh tersebut dirasakan bersesuaian untuk parti-parti politik memuktamadkan pemilihan calon dan memberi peluang kepada calon yang akan bertanding untuk membuat persiapan.

“Selesai penamaan calon, saya menjangka hari mengundi akan diadakan dalam tempoh 10 hingga 11 hari selepas penamaan calon dan tarikh itu akan jatuh pada 29 atau 30 April. Saya yakin SPR dapat selesaikan keseluruhan proses pilihan raya dalam masa sebulan,” katanya.

Prof Dr Sivamurugan Pandian membuat ramalan yang sama sambil berkata beliau menjangka tempoh minimum berkempen ialah selama 11 hari kerana percaya semua parti politik telah berkempen sejak 2013, iaitu tahun PRU Ke-13 diadakan.

“Mereka tidak pernah berhenti berkempen. Semakin lama (hari berkempen), lebih banyak isu akan dibangkitkan. Mengenai hari penamaan calon, ia akan diadakan dengan mengambil masa 10 hingga 14 hari selepas pembubaran Parlimen,” kata Ahli Sosiologi Politik Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM).

Ramalan para penganalisis politik tanah air mungkin melegakan banyak pihak apabila masing-masing menjangkakan PRU14 akan dijalankan sebelum Ramadan, yang dijangka bermula pada 17 Mei ini. – BERNAMA

Tags: Prof Madya Dr Azmi HassanPRU14
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Selesai Isu Kemelut Politik Pasca PRU14 Bukti Kewibawaan Agong Payungi Negara

Selesai Isu Kemelut Politik Pasca PRU14 Bukti Kewibawaan Agong Payungi Negara

27/01/2024
0

KUALA LUMPUR: Kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menangani kemelut politik pasca-Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14)...

BN Hasrat Pertahan Kerusi Tradisi PRU14, PRK

10/07/2020
0

SHAH ALAM - Barisan Nasional (BN) mahu mempertahankan semua kerusi tradisi yang dimenangi parti itu sama ada pada Pilihan Raya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd