• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 29, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengumuman Calon PH Pahang Meriah Disaji Arak

oleh
15/04/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

HEBAT… Mereka belum lagi berjaya menguasai Malaysia namun beginilah gambaran keadaan yang bakal berlaku jika Pakatan Harapan (PH) diterajui DAP mampu berkuasa kelak: Pesta Arak!

Suasana itu bukan asing dan terbaharu tetamu yang hadir pada majlis pengumuman calon gabungan pembangkang berlogo PKR bagi Parlimen Kuantan, Indera Mahkota dan Paya Besar turut disajikan dengan minuman keras.

Hidangan air dianggap ibu segala dosa maksiat bagi umat Islam itu dapat disaksikan jelas secara terbuka sepanjang majlis tersebut meriah berlangsung di Restoran Golden Empire Palace, Tanjung Lumpur, Kuantan semalam.

Pada majlis dihadiri Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli dan pemimpin DAP Selangor, Teng Chang Kim itu, seramai 11 calon PH diperkenalkan dengan mewakili satu lambang bersama PKR termasuk tujuh orang calon beragama Islam.

Pengumuman itu dilakukan oleh Pengerusi PKR Pahang, Datuk Fauzi Abdul Rahman. Antara dicalonkan ialah Ketua Setiausaha Sekretariat PH, Datuk Saifuddin Abdullah yang bakal bertanding di kerusi Parlimen Indera Mahkota.

Penganjur seakan-akan biadab tidak hormati calon beragama Islam dan sebahagian penyokong mereka terdiri daripada orang Islam yang hadir apabila kelihatan setiap meja disajikan mewah dengan botol minuman keras.

Lebih sedih, insiden unik ini berlaku pada malam ketika umat Islam seluruh dunia memperingati peristiwa besar Rasulullah SAW dalam perjalanan penting Israk wal Mikraj antara Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa dan bertemu Allah SWT.

Ini mengingatkan pendedahan yang pernah dibuat oleh bekas staf PetroSaudi, Xavier Justo kepada wartawan The Straits Times dari Singapura ketika ditahan dalam penjara Thailand beberapa tahun lepas atas jenayah komersial.

Menerusi wawancara eksklusif itu, Justo menyatakan editor portal The Sarawak Report, Claire Brown dan beberapa tokoh pembangkang merancang rai kejayaan menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN) dengan acara pesta arak.

Kini belum pun PH berjaya menumbangkan BN, baru sahaja program pengumuman calon, mereka sudah rai majlis itu dengan hidangan arak. Nampak sangatlah paling berkuasa dalam PH ketika ini bukanlah pemimpin Melayu.

Sebaliknya pemimpin yang diketahui berfahaman Evangelis dari DAP dan PKR. Biarpun yang datang merasmikan majlis itu ialah Rafizi, seorang Melayu; tetapi arak di atas meja sudah diatur geng Evangelis dari DAP dan PKR.

Ternyata golongan itu semakin biadab dan berani hina syiar Islam sebagai agama Persekutuan. Justeru usah biarkan blok pembangkang ini meraikan kemenangan dengan arak pada Pilihan Raya Umum kali ini. – Mynewshub.cc/HAA

Tags: arakDAPPKR
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Ramai Pihak Cemburu Dengan Kejayaan BN

Next Post

Bos Supermax Stanley Mohon Maaf Kepada PM

Related Posts

‘Saya Malas Layan MCA’ – Anthony Loke

‘Saya Malas Layan MCA’ – Anthony Loke

13/07/2025
0

SEREMBAN - Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook enggan melayan kenyataan MCA yang mendakwa DAP mengkhianati mandat pengundi Cina...

Seorang Lagi Pemimpin PKR Berundur Kabinet, Nik Nazmi Letak Jawatan Menteri

Seorang Lagi Pemimpin PKR Berundur Kabinet, Nik Nazmi Letak Jawatan Menteri

28/05/2025
0

KUALA LUMPUR: Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) Nik Nazmi Nik Ahmad mengumumkan sudah menghantar surat peletakan jawatan kepada...

Next Post

Bos Supermax Stanley Mohon Maaf Kepada PM

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd