• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bos Supermax Stanley Mohon Maaf Kepada PM

oleh Ahmad Albab
15/04/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pengarah Urusan Kumpulan Supermax Corp. Bhd., Datuk Seri Stanley Thai hari ini menzahirkan rasa kesal kerana melibatkan diri dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU13).

Semasa mengemukakan permohonan maaf secara rasmi kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada sidang media di sini, Thai berkata beliau terpengaruh dengan propaganda pembangkang dan pembangkang pada PRU13, dan benar-benar menyesalinya dan sedar bahawa adalah salah untuk beliau sebagai seorang ahli perniagaan untuk terlibat dalam politik.

“Sebagai seorang anggota komuniti perniagaan, saya mahu menyaksikan kestabilan politik. Perniagaan-perniagaan yang beroperasi di Malaysia akan terus maju dan makmur dengan dasar-dasar ekonomi kukuh dilaksanakan kerajaan memerintah yang diterajui Perdana Menteri, Datuk Seri Najib.

“Pelabur-pelabur asing akan terus mempunyai keyakinan penuh untuk turut serta dan memacu pertumbuhan ekonomi dan terus meningkatkan lagi pelaburan mereka di Malaysia,” katanya.

Pada sidang media itu, Thai turut menyatakan rasa kesal dengan cara kerajaan negeri Selangor menguruskan isu air, kerana ia telah menyebabkan Supermax, satu daripada pengeluar sarung tangan getah terbesar di dunia, kerugian jutaan dollar dan menjejaskan pertumbuhannya.

“Dua projek terbaru kami telah tertangguh selama dua setengah tahun sehingga tiga tahun disebabkan isu bekalan air di Selangor, di mana kebanyakan kilang kami terletak,” katanya dan menurutnya Supermax mempunyai sebanyak 11 kilang di seluruh negara dan lapan daripadanya terletak di Selangor.

Thai berkata beliau percaya tadbir urus dan pengurusan baik merupakan kunci kepada pertumbuhan industri dan bahawa beliau akan terus menyokong penuh dasar-dasar kerajaan. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Najib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Najib Akan Rayu Keputusan Ketepi Permohonan Jalani Baki Hukuman Penjara Di Rumah

Najib Akan Rayu Keputusan Ketepi Permohonan Jalani Baki Hukuman Penjara Di Rumah

22/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak akan memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi di sini menolak permohonan semakan kehakiman difailkan bekas Perdana...

Pendakwaan Terhadap Najib Bermotif Politik, Musnah Karier – Peguam

Pendakwaan Terhadap Najib Bermotif Politik, Musnah Karier – Peguam

04/11/2025
0

Putrajaya: Hujahan di akhir kes pembelaan berkaitan tuduhan penyelewengan dana berjumlah RM2.3 bilion milik syarikat pelaburan strategik 1Malaysia Development Berhad...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd