• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 29, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemimpin PAN Cuba Had Kuasa Majlis Syura Ulama

oleh Ahmad Albab
16/04/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini mendedahkan tindakan beberapa pemimpin Parti Amanah Negara (PAN) cuba mengehad kuasa Majlis Syura Ulama ketika berada dalam PAS.

Abdul Hadi berkata kerana tindakan pemimpin itu yang dianggap cuba mencabuli perlembagaan PAS menyebabkan anggota parti itu berang dan akhirnya mereka tersingkir dalam perebutan jawatan pada muktamar tahunan PAS 2015.

“Mereka ketika itu cuba membawa usul di muktamar agar akhirnya majlis syura ulama hanya diberikan kuasa sebagai penasihat dan bukan seperti sekarang iaitu mempunyai kuasa tertinggi membuat keputusan dalam PAS.

“Ini bercanggah dengan perlembagaan PAS dan apa yang berlaku, muktamar ketika itu menolak usul itu,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung ke-41 PAS Kawasan Pokok Sena di sini.

Turut hadir Mursyidul Am PAS, Hashim Jasin dan Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan.

Abdul Hadi bagaimanapun tidak menamakan bekas pemimpin-pemimpin PAS itu.

Beliau berkata tindakan mereka itu dipercayai untuk membataskan kuasa majlis syura dalam membuat keputusan berkaitan tahaluf siyasi (kerjasama politik) dalam gabungan pembangkang dengan PKR dan DAP.

Majlis syura selepas itu telah memutuskan hubungan dengan PKR dan DAP yang disifatkan membelakangkan konsep kerjasama termasuk tidak bersetuju mengenai Islam yang dibawa PAS.

Sementara itu, Abdul Hadi berkata PAS akan tetap meneruskan sumpah baiah (sumpah janji setia) kepada semua calon parti itu yang akan bertanding pada pillihan raya umum Ke-14.

Beliau berkata sumpah berkenaan walaupun menjadi kontroversi kepada sesetengah pihak namun sebenarnya ia merupakan rukun syarat politik dalam Islam dan diamalkan sejak zaman Nabi Muhammad SAW dan pemimpin Islam selepasnya.

“Terma-terma yang terkandung seperti membabitkan isteri mereka hanyalah merupakan salah satu cabang dalam baiah berkenaan,” katanya.

Isu mengenai sumpah berkenaan bagi mengelakkan anggota Parlimen dan Dewan Undangan Negeri melompat parti menjadi kontroversi apabila mereka perlu menceraikan isteri apabila melompat ke parti lain. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Abdul Hadi AwangPAS
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Rakyat Sambut Baik Manifesto BN Johor – Khaled

Next Post

Sedikit Masalah ‘Sana Sini’ Lazim Pada Setiap PRU

Related Posts

‘PN Sedia Berdepan 3 Atau 4 Penjuru Pada PRK Ayer Kuning’

‘PN Sedia Berdepan 3 Atau 4 Penjuru Pada PRK Ayer Kuning’

10/04/2025
0

KOTA BHARU: Perikatan Nasional (PN) bersedia berdepan pertembungan tiga atau empat penjuru pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri...

PAS Selar Tindakan Biadab Acara Larian Berpakaian Tidak Senonoh

PAS Selar Tindakan Biadab Acara Larian Berpakaian Tidak Senonoh

06/10/2024
0

SHAH ALAM - Pas menyelar acara larian antarabangsa yang berpakaian tidak senonoh dan memiliki unsur lucah. IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI...

Next Post

Sedikit Masalah 'Sana Sini' Lazim Pada Setiap PRU

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd