• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bubar Sementara Bukti PPBM Hanya Ghairah PRU

oleh AK-47
06/04/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Pembubaran sementara Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) membuktikan kelemahan pemimpin parti itu yang terlalu ghairah untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata keghairahan itu menyebabkan pemimpin PPBM gagal mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan RoS yang telah termaktub sejak sekian lama.

Justeru, beliau berkata pengerusi parti itu, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak sepatutnya menyalahkan RoS dan mempertikaikan keputusan jabatan itu memandangkan bekas perdana menteri selama 22 tahun itu lebih arif mengenai hal-hal berkaitan peraturan dan perlembagaan parti.

“Itu hak RoS untuk menggantung dan menolak mana-mana parti yang tidak memenuhi syarat pendaftaran,” katanya ketika diminta mengulas pengumuman pembubaran sementara PPBM oleh RoS berdasarkan notis mengikut Seksyen 14(5) Akta Pertubuhan 1966, berkuat kuasa hari ini.

Di TEMERLOH, Anggota Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin mendakwa pembubaran sementara itu sememangnya sudah dirancang oleh Dr Mahathir supaya parti itu dapat menagih simpati rakyat pada PRU14.

Beliau berkata Dr Mahathir merupakan seorang pakar strategi dan pandai menggunakan pendekatan ‘reverse pyschology’ untuk meraih sokongan.

Menurutnya, sekiranya PPBM menghantar segala dokumen yang diperlukan kepada RoS akan mendedahkan segala kepincangan dalam parti itu yang tidak mempunyai ahli di peringkat cawangan.

“Mungkin mereka hendak menutup segala kelemahan tidak mempunyai ahli di peringkat cawangan atau bahagian tetapi dalam masa yang sama tetap ingin mendominasi pakatan pembangkang,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Minggu Sains Negara peringkat negeri Pahang di Dewan Tun Razak, di sini, hari ini

Di PASIR SALAK, Anggota Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman, berkata parti itu tidak sepatutnya menunding jaring kepada mana-mana pihak terutama kerajaan Barisan Nasional (BN).

Beliau berkata pembubaran sementara itu disebabkan terdapat bantahan dan aduan daripada anggota parti itu sendiri yang tidak berpuas hati dengan kepimpinan tertinggi parti berkenaan.

“PPBM marahkan BN dan RoS apabila (parti) dibubarkan…mereka parti kucar-kacir, tak ada minit mesyuarat agung dan penyata kewangan, pemimpin parti meuar-uarkan parti mereka hebat rupanya ‘rumah mereka berselerak dan berterabur’.

“PPBM sejak penubuhannya memang sudah nampak parti bunga itu akan menjadi layu dan tidak boleh berkembang,” katanya.

Tajuddin, yang juga Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan surat tawaran Rancangan Perkampungan Tersusun (RPT) dan Rancangan Pertanian Berkelompok (RPB) Sungai Ranggam, di sini. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PRU14: BN Kedah Hormati Keputusan Rakyat

10/05/2018
0

ALOR SETAR - Barisan Nasional (BN) Kedah menghormati keputusan rakyat negeri ini yang menolak parti itu pada Pilihan Raya Umum...

Ahmad Bashah Gagal Pertahan DUN Suka Menanti

10/05/2018
0

ALOR SETAR - Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah gagal mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Suka...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd