• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelajar Warga Yaman Lemas Di Pulau Perhentian

oleh Ahmad Albab
19/04/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BESUT – Seorang warga Yaman yang merupakan pelajar Universiti Teknologi Kreatif Lim Kok Wing, Cyberjaya ditemui lemas di Pulau Perhentian Kecil kira-kira 2.20 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Besut, Supritenden Mohd Zamri Mohd Rowi berkata mangsa, Abkar Maged Mahmood Mohammed, 24 berada di pulau itu untuk bercuti bersama 12 rakannya yang lain sejak Selasa dan sepatutnya pulang ke Kuala Lumpur hari ini atau esok.

Katanya, mayat mangsa telah ditemui di dasar laut berdekatan pantai peranginan Long Beach, Pulau Perhentian Kecil oleh anggota polis yang dibantu orang awam kira-kira 50 meter dari tempat mangsa dikatakan hilang ketika mandi.

“Sebelum kejadian mangsa dikatakan telah pergi mandi di laut bersama seorang rakannya dan telah menghadapi masalah ketika berenang lalu hilang dan tenggelam sebelum disedari oleh rakannya,” katanya menerusi satu kenyataan media hari ini.

Mohd Zamri berkata mayat mangsa di bawa ke Hospital Daerah Besut melalui Jeti Tok Bali, Kelantan kira-kira 5.30 petang, semalam dengan menggunakan bot Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) untuk bedah siasat.

Pihak kedutaan Yaman juga telah dimaklumkan megenai kejadian tersebut. – BERNAMA

*Video sekadar hiasan…

Tags: mati lemasPelajar Asing
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Polis Tangkap Suspek Ganggu, Gigit Pelajar Wanita Warga Asing

23/04/2022
0

Pihak polis menahan salah seorang daripada dua lelaki yang menyerang seorang pelajar wanita warga asing baru-baru ini. Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram Ketua...

Isteri Mimpi Suami ‘Minta Tolong Bawa Naik’

30/03/2021
0

KUALA BERANG - "Malam tadi saya bermimpi suami datang kata rindukan saya dan dia juga meminta tolong membawa dia naik....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd