• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PBB Perlu Bendung Serangan Udara Di Syria

oleh Ahmad Albab
16/04/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) perlu berbuat sesuatu bagi membendung serangan udara yang lebih besar berlaku di Syria.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata pendirian Malaysia sekiranya berlaku konflik keutamaan penyelesaiannya adalah melalui rundingan.

“Kita harap keamanan akan kembali pulih di Syria dan rantau berkenaan yang sudah berpuluh tahun bergolak,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kejohanan Karom Antarabangsa Kelantan di sini, hari ini.

Beliau mahu rakyat negara ini mengambil iktibar daripada kejadian yang sedang berlaku di Syria untuk mereka terus bersatu dan bersyukur dengan nikmat keamanan dan keharmonian selama ini.

Pada Jumaat lepas, Presiden Amerika Syarikat Donald Trump bersama Britain dan Perancis dilaporkan melancarkan serangan udara bersepadu ke atas Syria atas alasan menghukum rejim itu kerana melakukan serangan senjata kimia.

​​​​​​​Wisma Putra dalam kenyataannya hari ini berkata Malaysia amat bimbang penggunaan senjata kimia dan serangan udara akan memburukkan lagi keadaan konflik di Syria dan sekali gus meningkatkan penderitaan penduduk awam di negara itu serta menjerumuskan seluruh rantau berkenaan ke kancah kerumitan.

Dalam perkembangan lain, Mustapa yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kelantan berkata pihaknya mempunyai kaedah khusus untuk memudahkan kepulangan pengundi yang kini berada di luar negeri ini untuk pulang mengundi pada pilihan raya umum ke-14 pada 9 Mei ini.

Beliau berkata pihaknya menjangkakan pengundi luar tersebut terutama golongan muda akan memberi sokongan besar kepada BN.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan hari pengundian bagi PRU14 ialah pada 9 Mei, tarikh penamaan calon pada 28 April dan 5 Mei sebagai tarikh pengundian awal. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Mustapa Mohamed
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mustapa Keluar UMNO Warnai Politik Kelantan

29/12/2018
0

KOTA BHARU - Keputusan Datuk Seri Mustapa Mohamed keluar dari UMNO setelah lebih 40 tahun bersama parti itu adalah antara...

Tok Pa Jalani Pembedahan Buang Batu Karang

16/11/2018
0

JELI - Anggota Parlimen Jeli Datuk Seri Mustapa Mohamed hari ini akan menjalani rawatan pembedahan membuang batu karang, kata Pembantu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd