• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 31, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Patung Lilin SRK Jadi Tarikan Popular Pengunjung

oleh
11/04/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TUMPUAN… Patung lilin aktor Bollywood terkenal, Shah Rukh Khan atau juga disebut sebagai SRK, secara rasmi mula ditampilkan di Madame Tussauds di New Delhi, India pada Rabu minggu lalu.

Menurut laporan portal berita tempatan India.com, arca pelakon popular berkenaan dengan gaya tangan terbuka mendapat perhatian daripada ramai pengunjung wanita sejak hari pertama patung lilin tersebut dirasmikan.

SRK ‘palsu’ berkenaan malahan anggun mengenakan busana kemas dan sangat mirip dengan Shah Rukh Khan sendiri sehingga ramai pelawat pada mulanya salah faham apabila menyangka arca itu sebagai artis tersebut.

“Raja Romantik, Baadshah Bollywood telah pun masuk ke Tussauds Delhi,” umum pihak pengurusan Madame Tussauds di sini menerusi akaun sosial Twitter sehingga menjadi tular dalam kalangan netizen tempatan sendiri.

“Selain Shah Rukh, kami bakal melancarkan beberapa figura popular termasuk antarabangsa dalam masa terdekat,” kata Pengurus Besar Merlin Entertainments India Pvt. Ltd., Anshul Jain yang dipetik laman sesawang India Times.

SRK merupakan patung lilin ke-24 dipamerkan selepas kapten pasukan kriket terkenal India, Virat Kohli pada akhir bulan lalu. Semua arca dibuat di ibu pejabat muzium itu di London, Britain yang melibatkan lebih 200 ukiran tepat.

Sementara itu, Shah Rukh juga memberi respons dengan mengucapkan terima kasih dan meluahkan kegembiraan dapat ‘berada’ di New Delhi sambil menemui ramai peminatnya yang sanggup beratur panjang untuk sesi swafoto.

Patung lilin SRK di Madame Tussauds New Delhi ini bukanlah arca pertama yang pernah dihasilkan. Sebelum ini, patung lilin figura yang berusia 52 itu pernah direka bentuk dan ditempatkan di Madame Tussauds London.

Muzium yang diasaskan oleh legenda pengukir Perancis, Marie Tussaud di London pada 1835 itu kini memiliki cawangan di 24 buah bandar raya di seluruh dunia manakala di New Delhi, ia sudah dibuka sejak 1 Disember 2017.

Antara dipamerkan di sini ialah Perdana Menteri, Narendra Modi, selain selebriti iaitu Amitabh Bachchan, Kim Kardashian, Leonardo DiCaprio, Scarlett Johansson, Angelina Jolie dan Tom Cruise. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: bollywoodMadame TussaudsShah Rukh Khan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Gementar Tak Halang Alia Sazana Bidik Gangsa

Next Post

Permulaan Baik Beregu Skuasy Negara Di Gold Coast

Related Posts

Shah Rukh Khan Dikejarkan Ke Hospital Akibat Strok Haba

Shah Rukh Khan Dikejarkan Ke Hospital Akibat Strok Haba

23/05/2024
0

NEW DELHI - Aktor tersohor Bollywood, Shah Rukh Khan, 59, dikejarkan ke Hospital Ahmedabad, Gujarat, India akibat strok haba dan...

Shah Rukh Khan Ke Penjara Sambut Pembebasan Anak

02/11/2021
0

MUMBAI - Kesesakan trafik luar biasa berlaku di sekitar kawasan Penjara Arthur Road di Mumbai, India hari ini berikutan pembebasan...

Next Post

Permulaan Baik Beregu Skuasy Negara Di Gold Coast

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd