• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pakatan Harapan Marah Pasang Bendera, Logo DAP!

oleh AK-47
12/04/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pemimpin Pakatan Harapan cukup berang jika gabungan parti pembangkang itu dikaitkan dengan DAP sejak kebelakangan ini.

Pada 9 April lalu, pemimpin Pakatan Harapan Langkawi mengecam kewujudan kain rentang memaparkan wajah Tun Dr. Mahathir Mohamad bersama-sama dengan ‘otai’ DAP, Lim Kit Siang.

Hari ini, mereka membantah pula bendera DAP dipasang di beberapa jalan ke Putrajaya, malah mendakwa kononnya ia provokasi oleh Barisan Nasional (BN).

“Pemasangan bendera DAP dipasang di laluan menghala ke MEX Highway dan jalan menghala ke MOF yang mana ini adalah laluan penjawat awam ke tempat kerja.

“Mereka ingat rakyat bodoh dan termakan dengan provokasi murahan mereka,” dakwa seorang pimpinan Pakatan Harapan menerusi akaun sosial Facebook hari ini.

Beliau menuduh pemasangan bendera DAP di kawasan berhampiran Putrajaya itu bertujuan menakut-nakutkan pengundi Melayu.

Ironinya, Pakatan Harapan memang dibarisi oleh DAP selain Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Amanah Negara (PAN).

Malah, kerjasama dan kemesraan Mahathir dan Kit Siang sudah banyak kali ditonjolkan serta diperakui kedua-dua mereka sejak bersama di bawah Pakatan Harapan.

Lucunya, Pakatan Harapan selepas tarikh PRU-14 diumumkan seolah-olah cuba menidakkan kewujudan DAP dalam gabungan parti pembangkang tersebut.

Ia berikutan pengumuman Mahathir bahawa Pakatan Harapan akan hanya menggunakan logo PKR dalam PRU14 yang dilihat ramai pihak sebagai strategi terbaik untuk menipu pengundi Melayu.

Bendera DAP berhampiran Putrajaya itu pula dipercayai memang dipasang sendiri oleh penyokong DAP sebagai `kempen’ politik mereka. – MYNEWSHUB.CC

Tags: DAPlogo
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Zamri Vinoth Mohon Sertai DAP?

Zamri Vinoth Mohon Sertai DAP?

06/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Selepas aktivis Tamim Dahri Abdul Razak membuat permohonan untuk menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR), Zamri...

“Part ‘We Go’, Saya Tak Yakin..” – Ahmad Fadhli 

“Part ‘We Go’, Saya Tak Yakin..” – Ahmad Fadhli 

24/02/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Ketua Penerangan PAS, Ahmad Fadhli Shaari bersikap sinis terhadap kenyataan seorang Ahli Parlimen DAP di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd