• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Norza Menang Tanpa Bertanding Presiden MOM

oleh
24/04/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

RASMI… Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria menang jawatan Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) selepas pencalonan Ahli Lembaga Eksekutif itu bagi penggal 2018-2021 ditutup, petang ini.

Seperti diramalkan tiada individu lain dicalonkan sekali gus membolehkan Norza yang juga Timbalan Presiden MOM dan Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengambil alih pucuk kepimpinan.

Peralihan jawatan berkenaan daripada Tan Sri Tunku Imran Tuanku Ja’afar bagaimanapun hanya akan berlangsung secara rasmi pada mesyuarat agung dan pemilihan MOM yang dijadualkan 5 Mei ini.

Tumpuan pemilihan bakal tertumpu kepada jawatan timbalan presiden MOM apabila naib presiden merangkap Setiausaha Agung Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA), Datuk Megat Zulkarnain Omardin ditentang.

Calon lawannya ialah Pengerusi Institut Sukan Negara (ISN), Datuk Seri Azim Mohd Zabidi. Jawatan setiausaha agung disandang Datuk Low Beng Choo pula bakal dicabar naib presiden, Datuk Mohd Nazifuddin Mohd. Najib.

Senarai pencalonan berkenaan diumumkan Pengerusi Panel Pemililihan MOM, Datuk Seri Jahaberdeen Mohamad Yunoos selepas tarikh tutup pencalonan pada sidang media petang ini.

Selain itu lapan calon akan bertanding merebut lima jawatan naib presiden. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

SENARAI PENCALONAN PEMEGANG JAWATAN DAN AHLI LEMBAGA EKSEKUTIF MAJLIS OLIMPIK MALAYSIA (MOM) BAGI PENGGAL 2018-2021

PRESIDEN:
1) DATUK SERI MOHAMAD NORZA ZAKARIA (*)

TIMBALAN PRESIDEN (1 JAWATAN):
1) DATUK MEGAT ZULKARNAIN OMARDIN
2)DATUK SERI AZIM MOHD ZABIDI

NAIB PRESIDEN (5 JAWATAN):
1) DATUK DR ZAKARIA AHMAD
2) DATUK PADUKA MUMTAZ BEGUM ABDUL JAFFAR
3) DATUK ONG POH ENG
4) DATUK NUR AZMI AHMAD
5) MAHINDA VALLIPURAM
6) TAN SRI MOHAMAD NOOR ABDUL RAHIM
7) DATUK SHAMALA SUBRAMANIAM
8) DATUK MOHAMAD TAUFIK OMAR
9) NIK RAZEEN ADAM DAUD

SETIAUSAHA AGUNG (1 JAWATAN):
1) DATUK LOW BENG CHOO
2) DATUK MOHD NAFIZUDDIN MOHD NAJIB

PENOLONG SETIAUSAHA AGUNG LELAKI:
1) CHAN FOONG KEONG (*)

PENOLONG SETIAUSAHA AGUNG WANITA:
1) MOIRA TAN SIEW SEE (*)

BENDAHARI:
1) AHMAD FEISAL AHMAD TAJUDDIN (*)

PENOLONG BENDAHARI:
1) DATUK AMARJIT SINGH GILL
2) DATUK CHONG KIM FATT

*MENANG TANPA BERTANDING

Tags: MOMNorza Zakaria
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Norza Letak Jawatan Presiden BAM Hujung Tahun Ini

Norza Letak Jawatan Presiden BAM Hujung Tahun Ini

02/08/2023
0

KUALA LUMPUR : Tan Sri Mohamad Norza Zakaria membuat keputusan mengejut apabila mengumumkan akan melepaskan jawatan Presiden Persatuan Badminton Malaysia...

MOM Tubuh Jawatankuasa Ubah SOP Pemilihan Atlet

18/09/2018
0

KUALA LUMPUR – Bagi memastikan hanya atlet yang benar-benar layak mewakili negara pada temasya sukan antarabangsa, Majlis Olimpik Malaysia (MOM)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd