• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PRU14: NGO Main Peranan Penting Bantu Calon BN

oleh AK-47
27/04/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BAGAN DATUK – Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata pemimpin pertubuhan bukan kerajaan (NGO) memainkan peranan penting dalam membantu calon Barisan Nasional (BN) mencapai kemenangan besar pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.

Timbalan Perdana Menteri berkata, peranan NGO yang turun padang bersama-sama berkempen membantu calon BN perlu diambil kira kerana pihak berkenaan telah melakukannya pada setiap kali PRU diadakan.

“Ini kerana selain (pemimpin) parti politik, pemimpin NGO pelbagai kaum sanggup turun ke bawah untuk membantu calon BN pada setiap kali pilihan raya umum.

“Selain penglibatan NGO, pembabitan persatuan penduduk dan anggota KRT (kawasan Rukun Tetangga) cukup penting dalam memainkan peranan membantu calon BN pada setiap kali pilihan raya umum diadakan,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap sempena Majlis Mesra Bersama Rakyat di Dewan Orang Ramai Sungai Dulang di sini hari ini.

Ahmad Zahid berkata sekiranya calon BN, Datuk Khairuddin Tarmizi yang akan bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Hutan Melintang pada PRU14 mencapai kemenangan, beliau akan menyalurkan peruntukan bagi membantu NGO melaksanakan pelbagai program dan aktiviti di Bagan Datuk.

“Cukuplah zaman gelap telah berlalu, (DUN Hutan Melintang diwakili pembangkang), kini zaman terang telah ada cahaya di hujung lorong dan kita perlu bersama-sama membantu calon BN mencapai kemenangan besar pada PRU14 bagi melaksanakan pelbagai projek pembangunan untuk penduduk Hutan Melintang,” katanya.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid juga berkata PRU14 menyaksikan perpaduan paling kukuh di antara parti-parti komponen dalam BN.

Jelas Timbalan Pengerusi BN itu, beliau menginginkan semangat demikian terus kekal bagi memastikan kemenangan besar bakal dicapai parti itu.

“Inilah pertama kali perpaduan paling kukuh antara parti komponen BN, saya berbesar hati kepimpinan MIC, myPPP, IPF dan dari NGO turut bersama kita.

“Kita harus mengambil kira dalam PRU selain daripada parti politik sedia ada, kita ada libatkan NGO pelbagai kaum untuk membantu calon BN,” katanya.

Ahmad Zahid turut meminta semua parti komponen BN mengenepikan perbezaan kaum, sebaliknya bekerja dalam satu pasukan bagi menentukan kejayaan parti. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Harga Minyak Cecah Sekitar AS$115.55 Setong – Ahmad Zahid

Harga Minyak Cecah Sekitar AS$115.55 Setong – Ahmad Zahid

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Harga minyak mencecah sekitar AS$115.55 setong, manakala kos subsidi meningkat daripada RM700 juta kepada RM3.2 bilion dalam...

Usah Kongsi Isu Sentuh 3R – TPM Zahid

Usah Kongsi Isu Sentuh 3R – TPM Zahid

05/05/2024
0

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan rakyat supaya mengawal diri daripada menulis atau berkongsi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd