• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 3, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MyCARE Kehilangan Seorang Imam

oleh Ahmad Albab
22/04/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Humanitarian Care Malaysia Berhad (MyCARE) kehilangan seorang imam terpilih bagi Program Imam Terawih sejak 2014 lepas pemergian Dr. Fadi Al Batsh yang maut ditembak hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif MYCARE, Kamarulzaman Shaharul Anwar berkata Fadi sering mengimamkan solat terawih di masjid-masjid yang dikunjunginya menerusi program itu di seluruh negara pada bulan Ramadan.

“Saya harap pihak berkuasa menyiasat punca pembunuhan ini dan apa kesannya kepada keselamatan rakyat Palestin yang ramai di negara ini,” katanya ketika ditemui Bernama selepas menziarahi isteri mangsa di kondominium di Jalan Meranti, Setapak semalam.

“Difahamkan isterinya turun ke bawah kondominium untuk mencari Fadi tetapi terkejut dan pengsan setelah melihat tubuh Fadi terbujur di atas jalan terkena tembakan,” katanya.

MyCARE turut memberikan sumbangan kewangan dan rawatan perubatan kepada isteri Fadi yang masih trauma.

Sementara itu jiran Fadi ketika di Gaza, Ahmad Shehaz, 28, berkata serangan itu berkemungkinan dikaitkan dengan agensi perisikan Israel, Mossad.

Ahmad yang merupakan pelajar sarjana muda Universiti Teknologi Malaysia di Skudai, Johor, berkata rakyat Palestin mempercayai bahawa Malaysia merupakan negara yang selamat bag mereka dan kejadian itu adalah sesuatu yang mengejutkan.

“Terdapat lebih 5,000 pelajar Palestin di sini tetapi mengapa suspek memilih Fadi,” katanya kepada pemberita selepas menziarahi isteri mangsa.

Ahmad berkata beliau segera datang ke Kuala Lumpur dari Johor Bharu setelah mendapat khabar mengenai pembunuhan Fadi bagi menziarahi keluarga mangsa sepertimana yang lazim mereka lakukan di tanah air.

Tinjauan Bernama mendapati kondominium itu tidak putus-putus menerima kunjungan rakyat Palestin yang datang menziarahi isteri dan tiga anak Allahyarham Fadi yang tinggal di tingkat 11 kondominium itu sehingga petang ini.

Dalam kejadian pada kira-kira pukul 6 pagi tadi mangsa yang merupakan seorang pensyarah di sebuah institusi pengajian tinggi swasta maut selepas ditembak dua lelaki yang menaiki motosikal berkuasa tinggi ketika dalam perjalanan untuk menunaikan solat Subuh di surau berhampiran kondominium yang didiaminya. – BERNAMA

Tags: kes bunuhPalestin
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

ECRL Sedia 3,600 Pekerjaan Untuk Graduan Tempatan

Next Post

Pelakon Watak ‘Mini Me’ Meninggal Dunia

Related Posts

Trump Ikrar Akhiri Perang Di Gaza

Trump Ikrar Akhiri Perang Di Gaza

14/05/2025
0

RIYADH – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, menyatakan sokongan padu terhadap rakyat Gaza dan menyeru masyarakat antarabangsa agar menangani...

Kes Bunuh Di Pondok Cherok Tokun: Lelaki Warga Emas Direman 7 Hari

Kes Bunuh Di Pondok Cherok Tokun: Lelaki Warga Emas Direman 7 Hari

30/04/2025
0

BUKIT MERTAJAM: Seorang lelaki warga emas direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung kes bunuh di sebuah pondok di...

Next Post

Pelakon Watak 'Mini Me' Meninggal Dunia

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd