• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, December 5, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Muslim UK Bersedia Untuk ‘Punish A Muslim Day’ Esok

oleh AK-47
02/04/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

LONDON- Komuniti Islam di seluruh UK sedang dalam keadaan ketakutan menunggu tibanya ‘Hari Menghukum Umat Islam’ (Punish A Muslim Day) selepas kempen menyeru keganasan terhadap umat Islam pada 3 April (esok) itu disebarkan secara meluas.

Bulan lalu, risalah-risalah rancangan ‘menghukum’ Muslim di negara itu telah diedarkan melalui pos di bandar-bandar utama dan di media sosial yang mencadangkan cara untuk menyakiti orang Islam dan memberi mata ganjaran bagi “hukuman” tertentu.

Surat-surat itu, yang sedang disiasat oleh polis kawalan keganasan British, dianggap sebagai satu tindak balas terhadap beberapa siri serangan yang dicetuskan oleh pihak ISIL di Eropah, di mana empat daripadanya berlaku di UK pada tahun 2017.

BACA: Britain Lancar Kempen Hina Islam Termasuk Bom Kaabah

“Mereka telah menyakiti kamu, mereka telah mendatangkan penderitaan terhadap orang yang tersayang, mereka telah menyebabkan kamu mengalami kesakitan dan marah, apa yang akan kamu lakukan?” tulisnya di dalam surat berantai yang diedarkan secara online itu.

Kedutaan Saudi di London berkata ia telah berhubung dengan pihak berkuasa British mengenai kandungan surat itu dan menasihatkan warganya di UK untuk berhati-hati.

Di bandar Leicester, di mana umat Islam membentuk 20 peratus daripada populasinya, menyaksikan warganya hidup dalam ketakutan jika mereka diserang.

Minggu lalu, Paul Moore, 21, dijatuhi hukuman penjara minimum 20 tahun kerana cuba membunuh selepas dia menyerang seorang wanita dan seorang gadis berusia 12 tahun yang memakai pakaian ‘Islam’.

Polis Leicestershire berkata mereka akan bersedia mengambil tindakan pada 3 April jika orang Islam berasa terancam.

“Kami mempunyai rancangan operasi jika ada apa-apa yang berlaku pada hari yang sepatutnya menjadi ‘hari biasa’ sahaja buat semua orang,” kata Ketua Konstabel Simon Cole minggu lalu.

“Kami mengambil perkara ini secara serius, dan saya harap sabitan dan hukuman yang dijatuhkan terhadap Paul Moore semalam membuktikannya.”

Polis metropolitan berkata, mereka menyedari kerisauan orang ramai terhadap surat berantai kempen ‘menghukum umar Islam’ itu berlaku, namun beranggapan tiada sebarang serangan yang benar-benar akan berlaku pada tarikh 3 April itu kerana tiada bukti-bukti kukuh yang menjurus ke arah itu.

Bagaimanapun, mereka menggesa sesiapa sahaja yang mempunyai sebarang maklumat tentang  gerakan jenayah kebencian itu untuk menghubungi mereka dengan segera.

Persatuan Ketua Polis Kebangsaan British telah mengeluarkan kenyataan pada Khamis lalu mengenai pengedaran surat itu, memberi jaminan kepada orang ramai bahawa ancaman telah diambil serius dan bahawa mereka telah mengambil langkah-langkah begi memastikan tiada individu dalam komuniti Islam UK menjadi mangsa jenayah.

Sementara itu, pemimpin masyarakat di seluruh negara telah bersatu-padu bagi menghadapi ancaman itu.

Di Nottingham, salah satu bandar di mana surat tersebut diedarkan, 28 kumpulan Muslim mengesahkan satu kenyataan yang meminta warga “mewujudkan kesedaran untuk menentang api kebencian terhadap umat Islam daripada semakin marak dengan menyokong masyarakat Islam pada 3 April ini”.

“Serangan ke atas mana-mana bahagian masyarakat kita adalah serangan ke atas kita semua. Visi kita seperti orang lain, adalah untuk hidup dalam masyarakat yang penuh belas kasihan, baik dan komited terhadap keadilan dan kedamaian,” kata kenyataan itu.

Di Leicester, sebuah kumpulan komuniti telah menganjurkan satu acara yang menentang Hari Menghukum Umat Islam.

Pertubuhan kebajikan bukan-kerajaan St Matthews Big Local akan mengadakan majlis untuk umat Islam dan bukan Islam pada 3 April ini dengan pelbagai aktiviti termasuk pertandingan bercerita lukisan wajah dan perarakan.

Tulis pihak St Matthews di Twitter: “Kami membawa bersama komuniti kami pada hari Selasa ini  kerana kepelbagaian kami adalah kekuatan kami.” -MYNEWSHUB.CC

Tags: IslamophobiaUnited Kingdom
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Harta Tun Daim Di UK Dibekukan – Azam Baki

Harta Tun Daim Di UK Dibekukan – Azam Baki

25/06/2025
0

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah melaksanakan arahan pembekuan ke atas aset milik Allahyarham Tun Daim Zainuddin di...

UK ‘Bantu’ Keluar Senjata Di Ukraine

UK ‘Bantu’ Keluar Senjata Di Ukraine

02/03/2025
0

ISTANBUL - Ukraine dan United Kingdom (UK) menandatangani perjanjian pinjaman yang akan "ditujukan ke arah pengeluaran senjata di Ukraine," kata...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd