• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Muhyiddin Bayang Bertanding DUN Gambir

oleh Ahmad Albab
16/04/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MUAR – Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini membayangkan kemungkinan beliau bertanding bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Gambir pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Penyandang kerusi Parlimen Pagoh itu turut mengesahkan akan juga bertanding bagi kerusi Parlimen.

Bagaimanapun, beliau tidak mendedahkan dengan lebih lanjut sama ada akan mempertahankan kerusi parlimen Pagoh atau bertanding bagi kerusi Parlimen lain.

“Saya ada minta pandangan pengundi di sini bolehkah jika saya bertanding dan mereka kata akan bagi sokongan. Saya fikir DUN ini (Gambir) yang saya boleh bertanding

“… dan ini kerusi bagus untuk bertanding. Saya (akan) juga bertanding bagi kerusi parlimen,” kata beliau tanpa mengulas lebih lanjut kepada pemberita selepas berucap di satu majlis di Gambir, dekat sini, hari ini.

Muhyiddin berkata sokongan untuk bertanding di DUN itu juga berdasarkan perbincangan dengan pemimpin parti komponen Pakatan Harapan yang lain.

Pada PRU13, DUN Gambir dimenangi oleh Datuk M. Asojan dari Barisan Nasional dengan majoriti 310 undi menewaskan tiga calon lain iaitu Datuk Dr. Mahfodz Mohamed (Pas) dan dua calon Bebas – Mohd Zan Abu dan Yunus Mustakim. – BERNAMA

Tags: Tan Sri Muhyiddin Yassin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Muhyiddin Sahkan Hadir Mesyuarat Putuskan Pengerusi PN Esok

Muhyiddin Sahkan Hadir Mesyuarat Putuskan Pengerusi PN Esok

21/02/2026
0

KUALA LUMPUR: Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengesahkan akan menghadiri mesyuarat Majlis Tertinggi Perikatan Nasional (PN) yang...

Chong Wei Terkandas Di Paris

PRK KKB: PN Umum Calon Pada 25 April – Muhyiddin

21/04/2024
0

KUALA KUBU BHARU: Perikatan Nasional (PN) akan mengumumkan calonnya bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd