• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Motonation 2018 Bakal Jadi Acara Automotif Terbesar

oleh
19/04/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Hari ini, telah berlangsung majlis pelancaran bagi acara Motonation 2018 bertempat di Glenmarie dan dirasmikan oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif MATRADE, Datuk Wan Latiff Wan Musa pada tengah hari tadi.

Acara penuh meriah itu telah disaksikan oleh lebih daripada 200 orang tetamu daripada pelbagai sektor industri automotif yang meliputi pihak vendor, rakan kongsi yang lain-lain.

Selepas kejayaan Motonation 2017 pada November tahun lalu yang diadakan di Putrajaya International Convention Centre (PICC), kini mereka sekali lagi bakal mengadakan acara seterusnya bertempat di MECC, MATRADE dari bermula dari 19 hingga 21 Oktober 2018.

Dijangka seramai 100,000 hadirin bakal berkumpul pada acara tahun ini susulan kejayaan acara tahun lalu yang merupakan antara salah satu acara automotif terbesar di Asia Tenggara.

Turut hadir pada acara Majlis Pelancaran Motonation 2018 dan Sidang Akhbar Duta Asia Automotif itu ialah Pengarah Eksekutif Motonation, Mohd Nazrul Zahri; Ketua Pegawai Eksekutif Spanarboy, Por dan Ketua Pegawai Eksekutif Miss Malaysia Kebaya (MMK), Jason bagi menandatangani MoU rasmi bagi acara Motonation 2018 pada Oktober ini.

Dalam masa yang sama, pihak Motonation turut berharap agar acara pada tahun ini bakal menjadi acara terbesar mereka sepanjang tahun serta akan lebih baik daripada yang sebelum ini.

Sebab utama mengapa Motonation 2018 bakal menjadi satu acara luar biasa daripada acara automotif yang lain ialah kerana selama tiga hari, para pengunjung akan dapat melihat banyak segmen termasuk gaya hidup dan dunia korporat ketika acara itu berlangsung.

Malah, aktiviti automotif, pembiayaan, pendidikan, seni, budaya, dan banyak lagi turut akan berkumpul di bawah satu bumbung.

Selain itu, apa yang lebih menarik lagi ialah apabila pihak Motonation turut akan menganjurkan satu Anugerah Automotif Asia yang kedua bagi menunjukkan rasa penghargaan kepada pemain yang cemerlang dalam industri automotif.

Sebanyak 55 anugerah telah diberikan pada tahun lalu dan tahun ini, lebih banyak anugerah bakal diwujudkan bagi memberi penambah baikan berbanding yang terdahulu.

Jika bercakap tentang dunia automotif, pasti ia tidak asing lagi bagi kaum wanita yang berkhidmat bersama dalam industri tersebut.

Perkara tambahan yang menjadi penarik bagi acaara Motonation 2018 pada tahun ini ialah apabila ia turut bakal menjadi platform persaingan bagi anugerah Duta Besar Automotif Asia dan turut mendapat kerjasama daripada MMK.

Sebab utama mengapa pertandingan sebegitu diadakan ialah bertujuan sebagai salah satu platform bagi model wanita yang bercinta-cita untuk menjadi wajah industri automotif di Asia.

Bagi Anugerah Asia Automotif, ia akan berlangsung dengan pameran bergerak yang bakal merentas Malaysia sepanjang tahun.

Antara lokaasi pilihan mereka ialah Scott Garden Mall, Quill City Mall, Hype Motonation Hotel dan banyak lagi.

Motonation 2018 turut menjadi hos pertama bagi platform e-dagang dalam talian iaitu Spanarboy yang akan menjadi pusat sehenti untuk segala macam jenis automotif di mana vendor dan peserta turut dapat mencapai dan memasarkan produk mereka supaya menjadi lebih besar serta semakin luas melalui dalam talian. – MYNEWSHUB.CC/AH

Tags: automotifMOTONATION 2018
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sektor Automotif Kembali Rancak Menuju Penghujung Tahun

12/12/2021
0

Prestasi sektor automotif yang lesu hampir sepanjang tahun ini ekoran ketidaktentuan pasaran yang disebabkan oleh risiko COVID-19 dan pelaksanaan Perintah...

DHU Sedia Penuhi Permintaan Tinggi Bagi Tenaga Kerja Sektor Automotif

17/09/2018
0

KUALA LUMPUR - Universiti Automotif Malaysia DRB-Hicom (DHU), bersedia untuk memenuhi permintaan tinggi bagi tenaga kerja dalam sektor automotif yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd