• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mohammad Syafiq Tenang Berdepan Penerjun Hebat

oleh AK-47
11/04/2018
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GOLD COAST – Biarpun baru pertama kali menyertai pentas Sukan Komanwel, penerjun pelapis negara Muhammad Syafiq Puteh menampilkan aksi cemerlang dalam acara 1 meter papan anjal lelaki yang berlangsung di Optus Aquatic Centre hari ini.

Penerjun kelahiran Ipoh, Perak itu menamatkan saingan di tempat kelima selepas mengumpul 378.90 mata yang disifatkannya catatan peribadi terbaik yang pernah dilakukannya.

Malah, penerjun berusia 23 tahun itu kelihatan tenang dalam setiap terjunan yang dilakukannya meskipun berdepan jaguh-jaguh dari England, Australia dan juga Scotland.

“Saya berpuas hati sangat-sangat malam ini sebab saya dapat buat lebih baik daripada pusingan kelayakan pagi tadi apabila saya ada buat kesilapan dua kali. Saya belajar untuk tenang dan cuba buat yang terbaik. Jurulatih banyak tolong saya.

“Pencapaian hari ini sudah semestinya ia memberi saya semangat untuk acara seterusnya dalam 3m papan anjal seirama bergandingan dengan Gabriel (Gilbert Daim) pada Jumaat,” katanya.

Muhammad Syafiq muncul penerjun terbaik negara dalam kalangan tiga yang layak ke final acara berkenaan.

Ahmad Amsyar Azman di tempat keenam selepas mengumpul 369.40 mata manakala Ooi Tze Liang di tempat ke-11 daripada 12 penerjun dengan 319.00 mata.

Sementara itu, Tze Liang berkata walaupun pencapaian hari ini agak kurang memberangsangkan, beliau akan bangkit dalam acara 3m papan anjal untuk mempertahankan pingat emas yang dimenanginya pada edisi lepas di Glasgow, Scotland.

“Saya lakukan beberapa kesilapan pada terjunan ketiga. Keseluruhannya macam biasa. Prestasi saya pagi tadi lebih bagus. Apa yang saya dapat lakukan sekarang ialah bersedia untuk esok,” katanya. – BERNAMA

Tags: Atlet Terjun
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jurulatih China Bebas Sekali Lagi Tuduhan Rogol Atlet

21/02/2020
0

KUALA LUMPUR - Bekas jurulatih pasukan terjun kebangsaan Huang Qiang, sekali lagi dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi di sini,...

Jangan Ungkit Lagi Isu Penerjun – Azim

22/06/2018
0

KUALA LUMPUR - Ketua Kontinjen negara ke Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018 yang dijadualkan bermula 18 Ogos hingga 2 Sept ini,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd