• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Masuk Malaysia Tanpa Pas Sah, 11 Etnik Uighur Didakwa

oleh Ahmad Albab
24/04/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seramai 11 etnik Uighur China mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan memasuki negara ini tanpa dokumen yang sah.

Zakaria Arman, Salehudin Ali, Jaefar Amin, Osman Abbas, Alim Osman, Asen Ziyali, Taher Kasim, Ibrahim Rexiti, Nurudin Muhammad, Abdul Kader dan Yusof Ahmed, yang kesemuanya berusia antara 20 hingga 40 tahun, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan dalam bahasa Turki di hadapan Majistret Zuhairi Rosli.

Kesemua lelaki itu didakwa sebagai warganegara asing telah memasuki negara ini tanpa dokumen perjalanan sah di perkarangan Balai Polis Sentul di sini pada 10.50 pagi 31 Jan lepas.

Mereka dituduh mengikut Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63 (pindaan 2002) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 6 (3) akta sama, yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM10,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya dan juga boleh dikenakan sebatan tidak lebih dari enam kali, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Najwa Bustamam tidak menawarkan sebarang jaminan kerana kesalahan itu tidak boleh dijamin.

Mahkamah menetapkan 31 Mei untuk sebutan semula kes kesemua tertuduh itu, yang diwakili peguam Zainal Omar, Fahmi Abd Moin, Ilyani Khuzairy dan Raimi Ab Rahim.

Pada 22 Nov lepas, media melaporkan bahawa Thailand memohon kerjasama Malaysia untuk mengesan tahanan Uighur berkenaan yang meloloskan diri dari Pusat Tahanan Imigresen Sadao berhampiran sempadan Malaysia-Thailand.

Pada 21 Nov tahun lepas, dalam insiden 2 pagi (waktu tempatan), beberapa etnik Uighur Muslim China yang menunggu untuk dihantar pulang ke negara asal mereka telah meloloskan diri dari pusat tahanan negara itu. – BERNAMA

Tags: Etnik Uighurmahkamah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pemandu Mabuk Langgar Mati Penunggang Motosikal Dituduh Kes Bunuh

Pemandu Mabuk Langgar Mati Penunggang Motosikal Dituduh Kes Bunuh

01/04/2026
0

KLANG -Tertuduh kes individu memandu di bawah pengaruh dadah dan alkohol sehingga menyebabkan kematian seorang penunggang motosikal didakwa di bawah...

Digari, Menangis Hingga Pengsan

Digari, Menangis Hingga Pengsan

01/01/2026
0

Wanita Tular Didakwa Hina Polis & Islam Dibawa Ke Mahkamah ALOR SETAR: Seorang wanita warga tempatan yang tular di media...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd