• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Manifesto BN Selangor Bakal Beri Manfaat Rakyat

oleh AK-47
06/04/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TANJONG KARANG – Manifesto Barisan Nasional (BN) Selangor yang akan diumumkan Ahad ini bagi menghadapi pilihan raya umum ke-14 (PRU14), bakal memberi manfaat kepada seluruh rakyat negeri itu, kata Pengerusinya Tan Sri Noh Omar.

Beliau berkata antara lain manifesto itu memberi tumpuan kepada agenda pemerkasaan wanita selain menjaga kebajikan golongan muda.

“Manifesto sudah siap. Apa yang kita boleh beri tahu pastinya akan ada kelebihan dan manfaat yang kita akan berikan kepada rakyat. Perincian berhubung kandungan manifesto itu biarlah saya umumkan pada Ahad ini,” katanya kepada pemberita selepas program ziarah penduduk peringkat Parlimen Tanjong Karang, di Kampung Haji Razali di sini, hari ini.

Mengulas mengenai pembubaran Parlimen berkuat kuasa esok yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini, Noh yang juga Anggota Parlimen Tanjong Karang, berkata jentera BN Selangor sudah bersedia menghadapi PRU14 dan persiapan juga lebih rapi berbanding PRU lalu.

“Saya belajar daripada pengalaman terdahulu dan sudah lima kali bertanding… saya boleh lihat gerak kerja parti kali ini lebih kemas dan bersedia,” katanya. – BERNAMA

Tags: BN SelangorTan Sri Noh Omar
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PRU15: BN Selangor Tidak Gentar Hadapi Calon Profil Tinggi PH

PRU15: BN Selangor Tidak Gentar Hadapi Calon Profil Tinggi PH

28/10/2022
0

KUALA SELANGOR : Barisan Nasional (BN) Selangor tidak gentar atau tergugat menghadapi calon berprofil tinggi Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan...

PRU15: BN Selangor Tampil 21 Muka Baharu

PRU15: BN Selangor Tampil 21 Muka Baharu

19/10/2022
0

BANGI - BN Selangor akan menampilkan 21 calon muka baharu di 21 kerusi Parlimen di negeri itu pada Pilihan Raya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd