• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelajar Main Tampar-Menampar Hingga Bawa Maut

oleh Haris
18/04/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SERONOK bermain dengan rakan, seorang pelajar berusia 12 tahun dilaporkan maut semasa bermain tampar-menampar ketika waktu rehat di sebuah sekolah di Wilayah Punjab, Pakistan.

Lapor media tempatan Express Tribune, mangsa yang bernama Bilal dan rakannya, Aamir sedang bermain sebuah permainan yang dipanggil Thapar Kabbadi (tampar-menampar) yang sememangnya popular di Pakistan.

Ketika kejadian malang yang berlaku di Sekolah Kerajaan Mian Channu, Punjab itu, dikatakan bahawa beberapa orang guru serta rakan mereka turut menyaksikan Bilal dan Aamir bermain permainan tersebut.

Semasa galak bermain, Bilal terkena tamparan kuat di bahagian lehernya yang menyebabkan dia rebah dan dilaporkan meninggal dunia selepas itu.

Insiden berlaku pada awal bulan lalu namun baru-baru ini, satu rakaman video menyaksikan Bilal dan Aamir bermain permainan itu mula tersebar dan tular di media sosial.

Menerusi video berkenaan, dua rakan itu dilihat bertarung menampar satu sama lain berkali-kali di bahagian muka dan dada sebelum akhirnya Bilal rebah tidak sedarkan diri dan kemudian video itu berakhir.

Jika diamati video tular itu, ternyata Aamir dilihat lebih agresif dan Bilal tidak boleh mengikuti rentak rakannya itu mengakibatkan dia tidak dapat mempertahankan diri dengan baik.

Tambah laporan itu lagi, tiada siapa datang membantu mangsa untuk mengangkat dan membawanya ke hospital secepat mungkin dan pihak ambulans pula hanya tiba selepas 30 minit Bilal rebah.

Lebih tragis, pihak pentadbiran sekolah dikatakan tidak mahu mendapatkan bantuan kecemasan buat Bilal dan tidak ambil serius insiden berkenaan, dan hanya memanggil pihak ambulans selepas mangsa masih tidak sedarkan diri namun sudah terlambat.

Sumber akhbar berkenaan berkata, pihak pentadbiran sekolah tersebut gagal membawa Bilal ke hospital secepat mungkin selepas insiden itu sekali gus bertanggungjawab dalam kes kematian Bilal.

Manakala pihak polis pula juga sepatutnya dipersalahkan kerana tidak melakukan pembedahan post-mortem kepada mangsa dan sekali gus tidak dapat menentukan punca sebenar mangsa tiba-tiba maut.

Orang ramai yang berada di tempat kejadian menuding jari kepada guru besar sekolah berkenaan, Abid Hussain yang tidak mahu melaporkan kejadian kepada pihak polis pada awalnya sehingga menyebabkan kematian kanak-kanak berusia 12 tahun itu.

Dalam pada itu, kedua-dua ibu bapa mangsa dilaporkan enggan mengambil tindakan kepada pihak sekolah tersebut dan menganggap kematian anak mereka itu sebagai takdir yang telah ditetapkan Tuhan.

Permainan Thappar Kabaddi atau juga dikenali sebagai Chanta Kabbadi, adalah sejenis permainan yang terkenal di kebanyakan bandar di Punjab, Pakistan. – MYNEWSHUB.CC/EZ

Tags: PakistanTampar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Menunggu Macam Orang Bodoh – Pakistan Keluar Nota Bantahan Kepada Rusia

Menunggu Macam Orang Bodoh – Pakistan Keluar Nota Bantahan Kepada Rusia

13/12/2025
0

BREAKING: Pakistan Mengeluarkan Protes Diplomatik Ke Atas Rusia Selepas Putin Tidak Hadir Pada Pertemuan Dengan PM Shehbaz Sharif Ashgabat, Turkmenistan...

Pesawat Tempur Pakistan Musnahkan Sistem Peluru Berpandu Paling Canggih India

Pesawat Tempur Pakistan Musnahkan Sistem Peluru Berpandu Paling Canggih India

10/05/2025
0

ISLAMABAD – Pakistan berjaya memusnahkan sistem pertahanan udara S-400 milik India yang terletak di Adampur, daerah Jalandhar, negeri Punjab, India,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd