• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 30, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahathir Sakit Lagi, Gagal Pula Hadir Ceramah?

oleh
17/04/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALAHAI… Tidak sampai 24 jam diumumkan sebagai calon gabungan pembangkang bagi kerusi Parlimen Langkawi, Tun Dr. Mahathir Mohamad tidak hadir di program ceramah pakatan tersebut.

Beliau dilaporkan gagal muncul di Pusat Komuniti DAP Teluk Intan, Perak malam tadi, dengan memberi alasan kesihatan. Ini mencetuskan tanda tanya mengenai tahap kecergasan pemimpin pembangkang berusia 93 tahun itu.

Sebelum ini media tempatan melaporkan tahap kesihatan Mahathir kerap menjadi persoalan dalam kalangan rakyat dan penyokong blok pembangkang itu sendiri memandangkan beliau kerap mendapatkan rawatan di hospital.

Malahan, bekas Naib Pengerusi DAP Kebangsaan, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim pernah mendakwa bahawa Mahathir berjaya dimasukkan ke wad Institut Jantung Negara (IJN) sebanyak 47 kali dalam tempoh 39 bulan lalu.

Justeru ujarnua, tahap kesihatan Mahathir adalah sangat membimbangkan sejak tahun 2015 dengan kekerapan sudah menerima rawatan di IJN sebanyak 12 kali; 2016 (25 kali); 2017 (enam kali) dan tahun ini sahaja empat kali.

Ini menyebabkan penyokong yang hadir dipertontonkan rakaman video Mahathir mengumumkan Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming sebagai calon pembangkang di Parlimen Teluk Intan untuk Pilihan Raya Umum Ke-14 kelak.

Beliau dijangka berdepan dengan penyandang kerusi itu, Datuk Seri Mah Siew Keong yang juga Presiden Gerakan setelah menang Pilihan Raya Kecil di situ pada tahun 2014 menewaskan calon Melayu DAP, Dyana Sofya Daud.

Antara yang berceramah dalam program itu termasuklah Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail; Penasihat DAP, Lim Kit Siang; Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Presiden PAN, Mohamad Sabu.

Dalam ceramah tersebut, pihak penganjur dilaporkan terpaksa menyimpan ‘rahsia’ tersebut dengan mengumumkan perkara itu hanya pada sesi akhir ceramah mereka bahawa Mahathir konon tidak dapat hadir kerana tidak sihat.

Kelmarin di Langkawi, Mahathir menjadi tumpuan pemberita kerana kegigihan beliau sanggup naiki tangga untuk berada di pentas namun kemudian dilaporkan tertidur sehingga mengejutkan ramai penyokong tegarnya sendiri.

Beliau sebelum ini pernah dilaporkan menyindir bekas perdana menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai Gus Dur yang merujuk mantan presiden Indonesia itu sering tertidur ketika di pentas. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Mahathir Mohamad
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kemenangan Tun M Tak Akan Untungkan Penduduk Langkawi

Next Post

UK Gesa Sekatan Senjata Ke Atas Myanmar

Related Posts

Mahathir Bakal Tubuh Gagasan Melayu-Islam Baru

Mahathir Bakal Tubuh Gagasan Melayu-Islam Baru

04/08/2022
0

Satu gagasan baru berteraskan agenda Melayu dan Islam yang dipimpin Dr Mahathir Mohamad bakal ditubuhkan. Ikuti Mynewshub: Telegram Pada majlis solat...

Tun M Minta Semak Semula Bajet 2022

02/11/2021
0

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad meminta kerajaan menyemak semula Bajet 2022, belanjawan terbesar dalam sejarah...

Next Post

UK Gesa Sekatan Senjata Ke Atas Myanmar

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd