• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MAB Pertama Di Asia Boleh Tempah Melalui FB

oleh
04/04/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

INOVASI… Malaysia Airlines Berhad (MAS) bakal menjadi syarikat penerbangan pertama di Asia membolehkan pelancong membuat tempahan menerusi laman Facebook dikenali sebagai MHchat.

Ia yang bakal dilancarkan pada suku ketiga 2018 dan menurut Ketua Pegawai Komersial­nya, Arved von zur Muehlen, pengguna tidak lama lagi boleh menempah tiket dan proses pembayaran melalui Facebook Messenger.

Uniknya ia merupakan satu daripada tiga inisiatif digital baharu MAB diperkenalkan bagi meningkatkan lagi mutu perkhidmatan yang ditawarkan agar lebih mesra pelanggan iaitu MHguardian, MHfeedback dan MHchat.

“MHguardian merupakan aplikasi yang membolehkan ibu bapa atau penjaga untuk mengesan perjalanan anak mereka yang mengembara tanpa ditemani ahli keluarga dewasa dengan syarikat pe­nerbangan nasional itu.

“MHfeedback pula adalah aplikasi mudah alih yang membolehkan pelanggan berkongsi maklum balas dengan segera mengenai pengalaman terhadap perkhidmatan yang disediakan,” kata Muehlen lagi.

Beliau menyatakan demikian da­lam sidang akhbar bagi memperkenalkan aplikasi mudah alih MHguardian, MHfeedback dan MHchat di Bangunan Pe­ngurusan Penerbangan MAB di Sepang pada semalam.

Menurut Muehlen, melalui ap­li­kasi mudah alih MHchat pula, pelanggan boleh membuat tempahan, pembayaran dan mendapatkan jadual pe­nerbangan masing-masing dengan pantas dan mudah.

“Pengenalan teknologi digital menunjukkan inisiatif MAS dalam memberikan layanan terbaik kepada pelanggan se­kali gus memberi kepuasan kepada mereka ketika menggunakan perkhidmatan yang ditawarkan,” katanya.

Sementara itu tambah beliau lagi, aplikasi mudah alih MHGuardian ha­nya akan dilancarkan pada suku ketiga manakala MHchat pula pada suku kedua tahun ini kerana ia masih dalam tempoh percubaan.

Dalam pada itu kata Muehlen, aplikasi mudah alih MHfeedback sudah boleh digunakan sejak Januari lalu dan orang ramai dapat memuat turun aplikasi tersebut untuk memberi maklum balas kepada pihak MAB.

“Melalui MHfeedback pe­langgan boleh beri maklum balas kepada kami de­ngan hanya imbas kod respon pantas (QR Code). Melalui aplikasi ini, pelanggan boleh meninggalkan sebarang komen,” katanya. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: MABMalaysia Airlines
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Malaysia Airlines Kini Penerbangan Rasmi Manchester United

Malaysia Airlines Kini Penerbangan Rasmi Manchester United

22/03/2024
0

KUALA LUMPUR : Malaysia Airlines menjalin perkongsian strategik global dengan kelab bola sepak Inggeris, Manchester United (MU) apabila dinamakan sebagai...

9 Tahun Berlalu, Keluarga Masih Menunggu Jawapan Punca Kehilangan MH370

9 Tahun Berlalu, Keluarga Masih Menunggu Jawapan Punca Kehilangan MH370

07/03/2023
0

KUALA LUMPUR: Sembilan tahun berlalu tanpa sebarang berita yang jelas mengenai kehilangan penerbangan MH370, menyebabkan ahli keluarga mangsa masih menaruh...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd