• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lima Jenis Calon PRU Perlu Ditolak Umat Islam!

oleh Ahmad Albab
15/04/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Timbalan Ketua Dewan Ulama PAS Pahang, Ustaz Khairul Azmi Ismail menyampaikan lima pesanan kepada seluruh umat Islam yang bakal mengundi dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Menurut beliau, pesanan itu amat penting untuk dipegang oleh umat Islam dalam membuat penilaian terhadap parti dan calon yang bakal bertanding di kawasan masing-masing pada 9 Mei 2018.

Beliau memberi pesanan kepada umat Islam supaya berwaspada dengan calon PRU14 seperti berikut:

– Calon-calon liberal dan pro liberal.

– Calon-calon sekular dan pro sekular.

– Calon-calon anti hadith dan pro anti hadith.

– Calon-calon anti syariah dan mahkamah syariah.

– Calon-calon yang terlibat dengan rasuah.

“Pilihlah calon-calon dan parti yang bersih dari semua penyakit-penyakit di atas,” pesan beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Meskipun tidak menyebut secara langsung calon atau parti dimaksudkan, umum mengetahui dengan jelas ia ditujukan keatas Pakatan Harapan.

Ie berikutan Pakatan Harapan turut dibarisi oleh parti DAP yang sering membantah syariat Islam dan Tun Dr. Mahathir Mohamad yang gemar memperlekehkan hadis.

Beberapa tokoh Islam pernah menyenaraikan fakta mengapa DAP boleh dianggapi sebagai parti anti-Islam.

Mahathir yang juga Pengerusi Parti Peribumi Bersatu Malaysia pula pernah mengeluarkan hujah agama yang memperlekehkan sunnah nabi.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng pula terpalit dengan skandal rasuah banglo mewah dan terowong dasar laut. – MYNEWSHUB.CC

Tags: PRU14
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Selesai Isu Kemelut Politik Pasca PRU14 Bukti Kewibawaan Agong Payungi Negara

Selesai Isu Kemelut Politik Pasca PRU14 Bukti Kewibawaan Agong Payungi Negara

27/01/2024
0

KUALA LUMPUR: Kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menangani kemelut politik pasca-Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14)...

BN Hasrat Pertahan Kerusi Tradisi PRU14, PRK

10/07/2020
0

SHAH ALAM - Barisan Nasional (BN) mahu mempertahankan semua kerusi tradisi yang dimenangi parti itu sama ada pada Pilihan Raya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd