• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 2, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Mangsa Keganasan Rumah Tangga Perlu Tampil

oleh Ahmad Albab
01/04/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ISKANDAR PUTERI – Kaum lelaki yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga diminta tampil membuat laporan polis bagi mendapatkan pembelaan dan bantuan yang sewajarnya, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim.

Beliau berkata daripada 4,026 kes keganasan rumah tangga direkodkan kementeriannya sebanyak 30 peratus aduan melibatkan mangsa lelaki dan kebanyakannya berusia 60 tahun ke atas.

“Mereka yang membuat aduan ini pada mulanya malu kerana stigmanya adalah lelaki tidak pernah menjadi mangsa dalam kekerasan rumah tangga tetapi ini tidak betul… mereka juga boleh ditindas dan menerima gangguan seksual,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Sesi Dialog Bersama Wanita Di Zon Selatan Bagi Kluster Keselamatan di Pinewood Studio, Iskandar Puteri, di sini, hari ini.

Rohani berkata kebanyakan laporan dibuat melalui Talian Nur 15999 selain laman sosial Facebook kementerian dan Facebook peribadinya.

“Bila kita nasihatkan mereka untuk membuat laporan polis, mereka takut, mereka malu dan ada yang takut kehilangan kerja tetapi itu adalah satu-satunya cara untuk kita di kementerian dapat membantu mereka.

“Hasil siasatan kita mendapati antara faktor yang menyumbang kepada keganasan ini adalah faktor kewangan dan tekanan hidup. Jadi untuk menyelesaikan kes sebegini, ia perlu melalui proses kaunseling yang sangat halus agar mangsa-mangsa ini dapat dipulihkan,”katanya.

Dalam pada itu, Rohani berkata Akta Kesaksamaan Gender yang dicadangkan oleh kementeriannya kini di peringkat kajian bagi menentukan kesesuaian akta berkenaan untuk dilaksanakan.

“Kita akan lihat dan kaji akta-akta yang berkaitan yang telah diamalkan di negara ASEAN seperti Singapura dan negara Nordic iaitu Denmark, Norway dan Sweden misalnya dan cuba adaptasikannya dengan masyarakat kita,” katanya.

Rohani menjelaskan Malaysia ketika ini masih belum mempunyai undang-undang yang khusus untuk melindungi mangsa gangguan seksual.

“Sekarang ini cuma ada pekeliling dan kod amalan yang dikeluarkan oleh Kementerian Sumber Manusia. Jadi dengan adanya akta atau undang-undang kita boleh ambil tindakan yang lebih tegas kepada pelaku-pelaku jenayah ini,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Rohani Abdul Karim
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Projek ECRL Mungkin Dihentikan Jika PH Menang

Next Post

TLJCC Beroperasi Menjelang Akhir 2020

Related Posts

Mahkamah JSKK Sarawak Mahu Pantas Selesai Kes

19/04/2018
0

KUCHING - Mahkamah Jenayah Seksual Kanak-Kanak (JSKK) Sarawak menetapkan sasaran untuk menyelesaikan kes-kes jenayah seksual terhadap kanak-kanak dalam tempoh enam...

Kempen ‘Masa Tanpa Gajet’ Diteruskan Tahun Ini

27/03/2018
0

SERDANG - Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) bercadang meneruskan Kempen Masa Tanpa Gajet tahun ini bagi menggalakkan jalinan...

Next Post

TLJCC Beroperasi Menjelang Akhir 2020

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd