• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 24, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Legenda Bola Sepak Negara Terpilih Pergi Ke Makkah

oleh
09/04/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MENERUSI Program Umrah Penggiat Seni, lagenda bola sepak negara Syed Ahmad Abu Bakar, 72, telah terpilih untuk terbang ke Makkah bagi menunaikan umrah.

Beliau bersama dua lagi atlet veteran iaitu Rameli Manap (angkat berat) dan Ramliee Ahmad (silat) serta lapan anggota rombongan lain turut sama-sama berangkat mengerjakan ibadah tersebut di bawah pengurusan Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (Yakeb).

“Selama ini saya hanya menyepikan diri di Perlis. Tiba-tiba bulan lepas saya mendapat panggilan memaklumkan tawaran untuk saya menunaikan ibadah umrah.

“Saya sangat bersyukur, berterima kasih dan menghargai pihak yang mencalonkan nama saya,” katanya pada Sinar Harian ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebelum berlepas ke Makkah semalam.

Pengerusi Eksekutif Yayasan Perdana Ummah Datuk Rizal Mansor (empat, kiri) beramah mesra dengan bekas pemain bola sepak negara Syed Ahmad Abu Bakar pada Majlis Pelepasan Jemaah Umrah Penggiat Seni di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur semalam.

Menurutnya lagi, sepanjang berada di Tanah Suci, beliau akan mendoakan kesejahteraan dan kemakmuran negara, kecemerlangan sukan negara khususnya bola sepak selain memohon supaya atlet veteran sepertinya tidak dipinggirkan masyarakat.

Terdahulu, Syed Ahmad dan pasukan negara telah memberikan persembahan terbaik mereka sepanjang pertandingan Pra Olimpik 1971 di Seoul, Korea Selatan.

Beliau telah dianggap pencipta kejayaan negara kerana telah menyumbangkan 6 dari 12 gol dalam pertandingan tersebut seterusnya membawa Malaysia ke Sukan Olimpik 1972 di Munich, Jerman.

Selain Syed Ahmad, lima lagi penggiat seni yang akan berangkat dalam rombongan tersebut ialah pelakon Hisham Ahmad Tajuddin, Rashidah Jaafar, Zolkifly Abd Ghani, Mashitah Mohd Isa dan pengarah seni Sapri Ibrahim. Kesemua peserta program umrah kali ini dijadualkan berada di Tanah Suci hingga 18 April depan.

Program Umrah Penggiat Seni siri pertama, Januari 2018.

Amir Ukays atau nama penuh Mohd Azmir Muhammad Yusuf, 49 memberitahu, tawaran yang diterima untuk menunaikan umrah dianggap sebagai rezekinya yang baik dan tidak disangka-sangka.

Program umrah ini adalah kali kedua selepas siri pertama yang menyaksikan 23 penggiat seni menunaikan umrah Januari lalu yang dianjurkan bersama Pejabat Penasihat Perdana Menteri, Yayasan Mustika Kasih dan Yayasan Perdana Ummah.

Yayasan itu berhasrat untuk meneruskan program umrah ini ke siri yang seterusnya, namun perlu lihat juga kepada keadaan semasa. – MYNEWSHUB.CC/MIZE

Tags: MakkahSyed Ahmadumrah
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Video: Beri Isyarat Lucah, Buang Bendera BN

Next Post

Khai Bahar, Neelofa Menang Besar Di AME2018

Related Posts

Tiga Individu Ditahan Di Makkah Atas Penipuan Haji

Tiga Individu Ditahan Di Makkah Atas Penipuan Haji

18/05/2025
0

MAKKAH - Peronda keselamatan di Makkah telah menahan tiga pemastautin Indonesia kerana disyaki mendalangi satu skim penipuan di media sosial...

Usaha Bawa Pulang Rakyat Terkandas Di Makkah: TH Belum Terima Laporan Rasmi

Usaha Bawa Pulang Rakyat Terkandas Di Makkah: TH Belum Terima Laporan Rasmi

31/05/2024
0

KUALA LUMPUR : Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) masih belum menerima laporan rasmi mengenai beberapa rakyat Malaysia yang terkandas...

Next Post

Khai Bahar, Neelofa Menang Besar Di AME2018

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd