• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lebih Banyak Pasar Tani Kekal Akan Dibina

oleh Ahmad Albab
27/04/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KEMAMAN – Lebih banyak pasar tani kekal akan dibina di seluruh negara yang akan memudahkan orang ramai mendapat bekalan makanan dan barangan basah dengan harga lebih murah berbanding di tempat lain.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata kewujudan pasar tani kekal itu juga akan memberi keselesaan kepada pengunjung dan usahawan kerana ia dilengkapi pelbagai kemudahan asas seperti tempat berniaga yang berbumbung kekal dengan kemudahan bilik air, surau dan tempat makan yang selesa.

“Jadi selepas ini pengunjung dan usahawan akan dapat menjalankan urus niaga dengan lebih selesa dan kemudah-kemudahan yang lain akan kita tambah dari semasa ke semasa.

“Berbanding sebelum ini, pasar tani hanya dibuka dengan menggunakan kanopi atau gerai-gerai oleh peniaga serta tidak mempunyai kemudahan yang lengkap yang menimbulkan kesulitan dan ketidakselesaan kedua-dua pihak,” katanya kepada pemberita selepas membuat tinjuan ke Pasar Tani Kekal (PTK) Kerteh, di sini hari ini.

Pasar tani berkenaan adalah yang ke-25 dibina di negara ini dan yang kedua di Terengganu.

Sementara itu, seorang peniaga sayur Zah Mat Ali, 55, berkata sejak PTK Kerteh dibuka pada 10 April lepas beliau dan peniaga lain dapat berniaga dalam keadaan selesa berbanding kawasan dan persekitaran berniaga sebelum ini.

“Walaupun kami sudah mula berniaga di sini namun masih ramai pengunjung terutama penduduk tempatan yang belum tahu PTK ini telah beroperasi sepenuhnya, bagaimanapun alhamdulillah setakat ini kami masih mampu meraih pendapatan seperti sebelum ini.

“Dengan segala kemudahan yang telah disediakan di sini mungkin selepas ini pendapatan kami boleh meningkat lagi. Di samping menjamu selera di kedai makan di sini orang ramai turut boleh mendapatkan bekalan makanan harian dan tidak perlu mencari di tempat lain lagi,” katanya.

Mohd Khairul Izwan Mohd Nor, 30, yang merupakan seorang peniaga ayam proses turut meluahkan rasa gembira apabila beliau dapat berniaga di tempat yang selesa dan berbumbung.

“Kami tak perlu risau lagi untuk berniaga apabila hari hujan kerana di sini kami dapat berlindung daripada cuaca panas dan hujan di samping keselamatan kami dan barangan jualan kami lebih terjamin,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

ECRL Pun Tinggal Kenangan Seperti Perwaja Steel

23/08/2018
0

KUALA LUMPUR - Satu ketika dahulu projek Perwaja Steel pernah menjadi projek kebanggaan Perdana Menteri ke-4 untuk masyarakat Pantai Timur...

Shabery Anggap Pemilihan UMNO Kali Ini Paling Meriah

21/06/2018
0

KUALA LUMPUR – Pemilihan pucuk pimpinan UMNO yang akan datang tidak lama lagi dilihat paling meriah sengan penawaran diri ramai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd