• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Korea Selatan Sedia Berdepan Tentangan Malaysia

oleh AK-47
28/04/2018
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Korea Selatan cukup bersedia berdepan cabaran Malaysia pada perlawanan pembukaan Kejohanan Ragbi Asia (ARC) 2018 di Stadium Nasional Bukit Jalil, esok.

Pengurus pasukannya, Woo Jin berkata skuad berkenaan sudah membuat persediaan rapi sejak dua minggu lepas dalam usaha untuk muncul juara serta menebus kekecewaan pada edisi lepas selepas menamatkan cabaran di kedudukan tercorot.

Saingan edisi lepas itu menampilkan pasukan Korea Selatan, Jepun dan Hong Kong.

Woo berkata kesemua 23 pemain yang dipilih mampu memberi tentangan sengit kepada pasukan Malaysia yang dibimbing Lee Nyuk Fah.

“Pada tahun ini, kita mahu muncul juara. Kita perlu menampilkan aksi terbaik keranan saingan ini adalah kelayakan ke Piala Dunia Ragbi 2019.

“Ini pasukan 15 sebelah terbaik kita dan membariskan 23 pemain yang benar-benar bagus. Kesemua pemain terbaik disenaraikan dalam skuad ini, sebab itu kita yakin untuk muncul juara,” katanya ketika ditemui pemberita semasa sesi latihan di sini, hari ini.

Dalam pada itu, beliau mengakui Malaysia kini berada di tahap berbeza kerana semakin menunjukkan peningkatan sejak akhir-akhir ini.

“Malaysia sebuah pasukan yang kuat dan saya tahu mereka membuat persediaan cukup rapi walaupun saya tidak mempunyai banyak maklumat mengenai mereka, namun kita akan menampilkan prestasi terbaik dan berharap satu aksi yang menarik,” katanya.

Untuk rekod, kali terakhir kedua-dua pasukan bertemu semasa Kejohanan Lima Negara 1996, menyaksikan Malaysia kalah 5-112.

Saingan ARC 2018 menampilkan tiga pasukan – Malaysia, pasukan nombor 22 dunia Hong Kong dan Korea Selatan yang berada di ranking ke-31 dunia. – BERNAMA

Tags: ragbi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sabah Juara Sulung Ragbi Wanita 7-Sebelah Sukma

16/09/2018
0

IPOH - Kemenangan pasukan ragbi 7-sebelah wanita Sabah pada temasya Sukan Malaysia (Sukma) ke-19 Perak 2018 merupakan hadiah berganda buat...

Malaysia Sedia Beri Tentangan Sengit Berdepan Hong Kong

04/05/2018
0

KUALA LUMPUR – Malaysia berazam memberikan tentangan sengit apabila turun menentang pasukan ranking ke-22 dunia, Hong Kong pada aksi kedua...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd