• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 29, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kompleks Pekan Rabu Baharu Mula Operasi

oleh AK-47
23/04/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Kompleks Pekan Rabu yang baharu sudah mula beroperasi secara berperingkat dengan seramai 243 orang daripada keseluruhan 347 peniaga telah berniaga di situ sejak 25 Feb lepas.

Kompleks baharu empat tingkat itu, yang dibina di tapak asalnya, siap sepenuhnya pada Januari lepas dengan kos sebanyak RM55.57 juta.

Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Perdagangan Dalam Negeri, Hal Ehwal Pengguna dan Koperasi serta Segi Tiga Pertumbuhan Indonesia, Malaysia dan Thailand (IMT-GT) Datuk Dr Ku Abdul Rahman Ku Ismail berkata demikian kepada pemberita selepas melakukan tinjauan mesra di kompleks berkenaan.

Turut hadir Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Cawangan Kedah Fadzir Kamaruddin.

“Hari ini, kita boleh lihat orang kata betapa indahnya (Pekan Rabu baharu), dan saya rasa ini akan menjadi mercu tanda untuk negeri Kedah dan menukar landskap Alor Setar,” katanya.

Ku Abdul Rahman berkata perniagaan di kompleks itu akan beroperasi sepenuhnya sebelum Ramadan ini selepas peniaga selebihnya berpindah masuk ke kompleks itu.

Dalam pada itu, Ku Abdul Rahman meminta SKM berbincang dengan Koperasi Pekan Rabu Alor Setar Berhad bagi mencari Prosedur Operasi Standard (SOP) penyenggaraan yang berkesan dalam usaha memastikan persekitaran kompleks itu terus dijaga dan memberi imej positif kepada pengunjung.

“…mula-mula ini, kita kena ada perancangan yang rapi tentang sistem penyenggaraan (Kompleks) Pekan Rabu, mesti ada SOP yang bertulis, berdokumen,” katanya yang turut menekankan pentingnya penjagaan tandas di kompleks itu dan memastikannya sentiasa bersih. – BERNAMA

Tags: Kompleks Pekan Rabu
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pengundi Tak Akan Tertipu Janji Pembangkang

Next Post

Longhi Mahu Menang Besar Menetang Song Lam Nghe An

Related Posts

No Content Available
Next Post

Longhi Mahu Menang Besar Menetang Song Lam Nghe An

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd