• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 26, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KKM Arah Sardin Dalam Tin Ditarik Balik

oleh Ahmad Albab
20/04/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan mengarahkan syarikat pengimport sardin dalam tin jenama TL Tan Lung dan TLC menarik balik produk berkenaan daripada pasaran negara ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Noor Hisham Abdullah berkata, analisis yang dilakukan ke atas produk dari China terbabit mengandungi bendasing iaitu nematoda (sejenis cacing) daripada Genus Anisakis spp.

“Hasil analisis mendapati Canned Sardines in Tomato Sauce berjenama TL Tan Lung keluaran syarikat Fujian Yongfa Co. Ltd dan Sardines in Tomato Sauce berjenama TLC keluaran syarikat Dongshan Dongyi Foods Co. Ltd. dari China tidak mematuhi Akta Makanan 1983.

“Syarikat pengimport terlibat telah diarah memanggil balik produk tersebut. Kementerian Kesihatan akan terus menjalankan pemantauan ke atas produk ikan sardin dan mackerel dalam tin yang diimport di semua pintu masuk negara dan di pasaran,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Sebelum ini tular di laman media sosial berkaitan cacing mati yang ditemui dalam produk ikan sardin dalam tin dari negara China.

Laporan menyatakan Badan Pengawas Obat dan Makanan (BPOM) Indonesia mengarahkan tiga pengimport produk ikan sardin dalam tin menarik balik produknya dari pasaran setelah pemeriksaan menunjukkan cacing mati ditemui dalam produk diimport dari negara China itu.

Noor Hisham berkata, jika pengguna mempunyai sebarang kemusykilan berhubung sebarang isu keselamatan makanan boleh menghubungi Jabatan Kesihatan Negeri  atau Pejabat Kesihatan Daerah yang terdekat atau hubungi KKM melalui laman web http://moh.spab.gov.my.

“Orang ramai boleh juga melayari laman facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan www.facebook.com/bkkmhq jika terdapat sebarang aduan berkaitan kebersihan dan keselamatan makanan,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Kementerian Kesihatansardin
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

United Mahu RM767 Juta Untuk Lepaskan Pogba

Next Post

“Ia Bukan Cincin Tanda Atau Risik” – Nelydia Senrose

Related Posts

Maqis Johor Patah Cubaan Import Sardin Ada Cacing Parasit

Maqis Johor Patah Cubaan Import Sardin Ada Cacing Parasit

25/04/2024
0

Johor Bahru : Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Johor merampas 16,320 kilogram (kg) tin sardin dari China, yang...

Harjeet Singh Dilantik KSU Kementerian Kesihatan

11/04/2022
0

PUTRAJAYA : Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), Kementerian Kesihatan , Datuk Harjeet Singh dilantik sebagai Ketua Setiausaha (KSU), kementerian berkenaan yang...

Next Post

"Ia Bukan Cincin Tanda Atau Risik" - Nelydia Senrose

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd