• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 28, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes KBS: Othman Ubah Suai Banglo Lebih RM1.5j

oleh AK-47
19/04/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang saksi memberitahu Mahkamah Sesyen bahawa bekas pegawai kanan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) ada membuat pengubahsuaian dan menaik taraf sebuah banglo di Kajang berjumlah RM1,551,862.70.

Ketua Penolong Kanan Penguasa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Asmawi A/L Kulup Lam berkata maklumat berkenaan diperoleh daripada invois yang dikemukakan di mahkamah sebagai barang bukti pada perbicaraan bekas Setiausaha Bahagian Kewangan Otman Arsahd.

Beliau berkata invois pengubahsuaian dan menaik taraf banglo itu dikeluarkan atas nama Otman yang didakwa atas 32 pertuduhan salah guna kedudukan dan mengemukakan tuntutan palsu membabitkan RM38.4 juta.

“Maklumat dalam invois itu dicatatkan bahawa sejumlah RM1,428,850 telah dibayar untuk kerja-kerja pengubahsuaian dan menaik taraf sebuah banglo, manakala sejumlah RM123,012.70 tercatat sebagai baki jumlah yang belum dibayar,” katanya pada pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya SPRM Norzilati Izhani Zainal pada perbicaraan kes itu.

Asmawi, 37, yang merupakan saksi pendakwaan ke-49 juga mengemukakan lapan buah buku pelaburan Amanah Saham Bumiputera dan Amanah Saham Bumiputera 2 milik Otman, Mastura Annuar (isteri Otman) dan dua anak mereka yang kesemuanya berjumlah RM2,133,434.55.

“Pihak kami juga turut menyita buku simpanan Lembaga Tabung Haji dan Bank Simpanan Nasional Giro milik Otman yang keseluruhannya berjumlah RM127,302.44,” katanya yang juga mengemukakan enam pasang kain pelbagai warna berjenama ‘Regal’.

Asmawi turut mengemukakan salinan resit bayaran insurans kereta Volkwagen Golf GTI bernombor pendaftaran WXA92 atas nama Abdul Ghafar Abdurahiman (tertuduh ketiga) yang dibayar untuk tahun 2014 dan 2016 iaitu RM3,614.66 dan RM3,280.59.

Beliau turut mengemukakan pelbagai resit bagi bayaran kerja-kerja penyelenggaraan dan pembelian aksesori kereta berjumlah lebih RM23,000, bagi kenderaan dengan nombor pendaftaran yang sama namun kesemua resit itu dikeluarkan atas nama anak Otman.

“Dikemukakan resit bagi pembelian sebentuk cincin jenama Cartier berharga RM268,000 dikeluarkan atas nama Mastura,” katanya.

Turut dikemukakan enam buku cek Maybank yang dikeluarkan kepada syarikat Dial Ex Sdn Bhd serta bukti pembelian tiket penerbangan Otman bersama isteri dan dua anaknya ke Melbourne pada 23 Feb hingga 15 Mac 2015 yang berharga RM1,849 setiap orang.

Pada 21 April 2016, Otman, 59, yang diwakili peguam Muhammad Rafique Rashid Ali, didakwa atas 64 pertuduhan menerima wang berjumlah RM16,623,000 hasil daripada aktiviti haram ke dalam akaun Maybank, RHB dan CIMB Berhad melalui cek antara 7 Mac 2012 hingga 11 Dis 2015.

Selain Otman, pengarah syarikat pembekal barangan sukan di bawah KBS, Abdul Gafar, 44; dan isterinya Siti Rohanah Hussien, 44; suri rumah, masing-masing berdepan 63 pertuduhan memindahkan wang berjumlah RM15,723,000 yang merupakan hasil daripada aktiviti haram menerusi 63 transaksi dari akaun bank tiga syarikat milik mereka ke akaun bank milik Otman bagi tempoh masa yang sama.

Kesemua mereka didakwa melakukan kesalahan itu di beberapa lokasi berbeza antaranya RHB Bank cawangan Presint 8, Putrajaya; Menara Maybank Jalan Tun Perak dan Maybank Jalan Raja

Otman, Abdul Gafar dan Siti Rohanah didakwa mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLATFA) yang membawa hukuman denda maksimum RM5 juta atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-keduanya, jika sabit kesalahan.

Mereka juga didakwa mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan Dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFAPUAA) yang membawa hukuman penjara sehingga 15 tahun atau boleh juga didenda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai hasil daripada aktiviti haram, jika sabit kesalahan.

Abdul Gafar dan Siti Rohanah diwakili peguam Datuk Seri Jahaberdeen Mohamed Yunoos. Perbicaraan di hadapan hakim Azura Alwi bersambung 14 hingga 17 Mei. – BERNAMA

Tags: Asmawi A/L Kulup LamKes KBS
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Penyokong BN & NGO Mahu Kerusi Parlimen Kekal

Next Post

Peniaga Jangan Ambil Kesempatan Musim PRU14

Related Posts

Beg Kepit, Dompet, Cermin Mata Bahan Bukti Kes KBS

16/04/2018
0

KUALA LUMPUR - Beg kepit, dompet dan cermin mata berjenama antara 31 barang dikemukakan di Mahkamah Sesyen hari ini sebagai...

Next Post

Peniaga Jangan Ambil Kesempatan Musim PRU14

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd