• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerjasama DRB HICOM – Geely Janji Masa Depan Cerah

oleh AK-47
03/04/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerjasama antara DRB-HICOM Bhd dan Zhejiang Geely Holding Group Co Ltd adalah baik untuk masa depan, berikutan skop teknologi dan penyelidikan yang dibangunkan Institut Penyelidikan Geely (GRI), kata pengedar Proton Holdings Bhd.

Dalam satu kenyataan hari ini, Proton berkata, beberapa pengedarnya telah melawat GRI di Hangzhou Bay, China baru-baru ini, yang telah membuka mata mereka mengenai kemungkinan masa depan dan meningkatkan keyakinan mereka terhadap kerjasama itu.

Pengedar Proton, Mohd Nazrin Mohamad Fozi dari Rahman Brothers Automotive Sdn Bhd berkata, kunjungan ke GRI lebih daripada memenuhi jangkaannya.

“Ia mempamerkan keupayaan teknologi Geely dan masa depan kereta. Saya membayangkan jika teknologi seperti keselamatan canggih dan ciri-ciri termaju yang lain dimasukkan ke dalam kereta Proton, kita pasti akan mempunyai kelebihan automobil di Malaysia dan juga di luar negara,” katanya.

Sementara itu, Munauwir Mohd Khir dari Edaran Saga Sdn Bhd kagum dengan perhatian Geely terhadap perinciannya.

“Geely mengambil kira setiap butiran kecil. Segala-galanya dilakukan dengan cara yang terkawal dan prosesnya teratur, daripada ujian hingga ke produk akhir.

“Ia memerlukan pengeluar kereta yang baik untuk mempunyai visi yang besar untuk syarikat itu, bukan hanya membangunkan kereta dengan teknologi canggih tetapi juga lebih penting lagi, yang mesra alam seperti kereta elektrik dan hibrid,” katanya.

Budaya kerja GRI juga mendapat pujian dari Hazree Hashim dari Vitalic Sdn Bhd, yang menyatakan bahawa pekerja barisan pengeluaran syarikat tersebut sangat gigih menjalankan tugas mereka.

“Daripada budaya kerja ke kilang, ada sistem yang baik dan aliran melakukan sesuatu. Pengeluaran terkawal dan semuanya kelihatan teratur.

“Selepas lawatan ini, saya dapat melihat perkembangan yang sedang berlaku di Geely dengan lebih jelas dan bagaimana Proton akan mendapat faedah dalam jangka panjang,” katanya. – BERNAMA

Tags: DRB-HicomPengerusi Zhejiang Geely
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Sultan Ibrahim Cadang Konsulat China Di Johor

Next Post

Bantuan Rakyat Bukti Kerajaan Tidak Bankrap

Related Posts

Proton Selamatkan DRB-Hicom

29/11/2019
0

KUALA LUMPUR - DRB-Hicom Bhd. mencatatkan keuntungan bersih RM40.08 juta bagi suku kedua berakhir 30 September 2019, pulih daripada kerugian...

Pelaburan UMNO Bersifat Dalaman Dan Sulit

04/07/2019
0

KUALA LUMPUR - Segala portfolio pelaburan UMNO adalah sulit dan tidak boleh didedahkan kepada umum. Jelas Setiausaha Agung UMNO, Tan...

Next Post

Bantuan Rakyat Bukti Kerajaan Tidak Bankrap

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd