• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kejohanan Luncur Air Dunia Dibatal Akibat Jerung

oleh Ahmad Albab
19/04/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SYDNEY – Satu kejohanan meluncur air elit peringkat global di barat Australia dibatalkan hari ini selepas dua serangan jerung berhampiran tempat acara itu, kata penganjur.

Peluncur terkenal dunia lelaki dan wanita mengambil bahagian dalam Margaret River Pro selama 12 hari, sebahagian daripada Jelajah Liga Kejuaraan Peluncur Dunia di luar pantai barat daya Australia sejak 11 April lalu.

Pertandingan itu digantung seketika pagi Isnin selepas peluncur tempatan cedera di kaki dalam serangan jerung di luar pantai berhampiran Gracetown, sejauh 260 kilometer di selatan Perth.

Peluncur kedua, dilaporkan dari Denmark, mengalami luka besar di kaki dalam serangan jerung kedua, juga berhampiran Gracetown.

“WSL membuat keputusan sukar hari ini untuk membatalkan baki pertandingan Margaret River Pro, berikutan situasi melingkari acara musim ini membabitkan jerung dan keselamatan peluncur kami.

“WSL meletakkan keutamaan tertinggi berkaitan keselamatan. Ini bukan hanya cakap-cakap dan tidak boleh dikompromi,” kata Ketua WSL, Sophie Goldschmidt dalam satu kenyataan.

Katanya, walaupun kehadiran jerung adalah realiti dalam pertandingan WSL, situasi terkini ‘agak luar biasa dan mengganggu’.

Ketua bersama jelajah dari Brazil, Italo Ferriera menulis di Instagram semalam, menyuarakan kebimbangan berada dalam air, menulis dalam bahasa Portugis, beliau tidak merasa selesa berlatih dan bertanding berhampiran tempat serangan. – AFP

Tags: jerungLuncur Air Dunia
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

KPM Tidak Tolak Mungkin Wujud Elemen Buli

Next Post

Starbucks Latih Pekerja Elak Diskriminasi Kaum

Related Posts

Jerung Ganas Di Great Barrier Reef, Lelaki Terbunuh

06/11/2018
0

SYDNEY - Seorang lelaki maut akibat diserang jerung di kawasan tumpuan pelancong di Great Barrier Reef, yang mana ini merupakan...

Polis Temui Semula Jerung Curi

01/08/2018
0

CHICAGO - Polis Texas berjaya menemui semula jerung kecil yang diseludup keluar dari akuarium dalam kereta sorong bayi oleh tiga...

Next Post

Starbucks Latih Pekerja Elak Diskriminasi Kaum

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd